Friday, October 15, 2010

sy gembira kerana....

Special tribute to akhawat UTM Skudai, (naj,noa,eja,k.la,eira,fit...dll)

Sahabat,

Bukan mudah terus melangkah tanpamu disisi
Dulu, dari kosong tntg tarbiayah sampai ke tahap kita menggerakkan tarbiyah disitu
Banyak sungguh airmata kita tumpah bersama
Payah dan jerit perih kesusahan yg kita kongsi
Kita sandarkan kembali kepada ALLAH
Maha menentukan segalanya...

Rasa masam manis kite kongsi
Mentarbiyah n ditarbiyah menjadi rutin
Tanpa usrah dan program, hati jadi kosong
Namun sahabat sentiasa mengingatkan,
Tarbiyah Dzatiyah...itu perlu diteruskan

Kini....

Tiada lagi kalian disisi..
Namun, kekuatan2 yg pernah kita bina disana,
ku bawa bersama
Pasti tk sama
kadang ak menangisi kelemahan dalam bergerak sendiri
ukhuwah yg gagal aku bina seperti sebelum ni,
Hak anak2 usrah yg banyak tidak ku tertunai
Aku tak biasa disini kerana rasa sepi
Namun doa kalian memberi aku kegembiraan
bahawa ALLAH mencampakkan aku di tempat terbaik

Aku gembira kerana jika sesuatu terjadi
Kalian masih setia mendengar, menasihati
Kata kalian
'ALLAH sntiasa menjagamu'
ALLAH sedang mengujimu
Kau mampu lebih dari yang kau tahu

Aku gembira kerana aqidah menemukan persahabatan kita,
Kita pernah bersahabat dulu, kini dan selamanya:)

Wednesday, October 13, 2010

kekuatan Jiwa....



Bismillahirahmanirrahim......
banyak persoalan sering bermain di minda kite sebagai insan biasa apabila melalui fasa-fasa tertentu dlm kehidupan...'Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba'...namun rentetan2 peristiwa yg berlaku dalam hidup akan mematangkan diri..memberi kekuatan untuk meneruskan langkah.

Biarpun peristiwa itu pahit untuk ditelan, namun hikmahnye sangat membahagiakan kelak..Aturan dan ketentuan ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Ibrah dari setiap sesuatu pasti ade.(just have to explore it) Kalo masih ingt tentang Muqaddimah Zilal -Pakcik Sayyid Qutb,yg mengatakn bahawa mereka yg mengikut/terpedaya dengan keindahan dunia ni..dilihatnya ibarat kanak2 yg sedang bermain. gaduh2 n main tnpa fikir ape2..

Pastinya saya tk nak jadi seperti itu..dunia ini memperdayakan..tetapi kekuatan jiwa bersumberkan iman, amal n ilmu..itulah yg diperlukan.Bukan mudah me lamar redha ALLAH.
Namun akan tetap ku cuba Keakhawatan(Ah-kuat), tarbiyah dan kefahaman....mendidik diri...

Teruslah gagah melangkah demi dakwah ni..demi kejayaan Islam