Friday, July 17, 2009

Manhaj Hidup Muslim

'Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amal.'


Renung-renungkan....

Thursday, July 16, 2009

Seringkali kita diuji...ataukah kita terleka



'Kepunyaan Allahlah segala yang di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya,nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.Maka Allah mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu' (2:284)

Seseorang muslim pastinya tidak dapat lari dari dugaan,ujian dan liku-liku kehidupan.Bagi saudara-saudara seAqidah kita di Palestin, Bangladesh, Thailand,Indonesia dan kini kes di China, pastinya ujian itu menguji keimanan dan memberi 1 penyelesaian yang pasti iaitu sanngup mati syahid demi mempertahankan Agama Islam yang syumul ini.

Namun, realiti is realiti. Mungkin kata2 ini bakal diuji.Namun,jika tak disuarakan, pastinya ana rasa tak tenang.Masalah di sini...jika kita berfikir dan merenung dalam2 pastinya sanggup menepis dugaan yang bermain dengan hati itu(...paham2 jela)... Bagaimana sanggup kita ketepikan jalan Allah demi untuk dunia.Cinta yang fitrah itu seringkali menjadi fitnah. Mungkin ana tidak duduk ditempat mereka2 itu, namun pastinya ujian sedemikian pernah datang.Namun, nekad,tekad dan percaya dengan janji Allah, itulah sebagai bekal.



Bagi adek2 generasi baru yang sedang mencari-cari Jalan Lurus ini, ujian hati ini pastinya datang selalu.Tabahkan hatimu.Jangan biarkan manusia yang bukan milik kita itu menutup jalan kita mencari cinta Allah.Kemanisan iman bukan mudah didapati, namun nikmatnya amat membahagiakan.perlukan pengorbanan melepaskan keseronokan di dunia.Hak dan batil tidak boleh bercampur.Lihat sahaja bagaimana para sahabat dahulu sanggup menggadaikan nikmat dunia untuk mempertahankan iman.Sehingga ada yang terpaksa membunuh bapa sendiri (Abu Ubaidah Al-Jarrah-> peristiwa ini sehingga turun ayat terakhir surah AL-Mujadilah).

Jangan mencari cinta manusia,
Ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan dan tidak kekal.

Tapi carilah cinta Allah
Tiada penipuan,
Tidakkan pernah mengecewakan,
Itulah cinta abadi,
Cinta yang diredhai.


Yakinlah dengan janji Allah wahai adikku dan kawanku..
Aku juga perlukan dorongan dan sokongan dari kalian.untuk terus tegar lagi teguh di Jalan Dakwah ini dan dengan ujian seakan-akan ini.

Monday, July 13, 2009

UHibbukunna Fillah

Mungkin da biase di'share' program2 awal semasa men'jala' madu' baru ni..
Namun, bagi mereka yang menunggu masa untuk meninggalkan bumi UTM, Pastinya setiap memori akan terakam indah di ingatan. Bersama merancang dengan anak2 usrah(pelapis) untuk menyebarkan sayap dakwah amat seronok sekali.Komitmen dan kesungguhan tanpa mengenal erti penat, sakit (majoriti da start demam n ader yg belum baik2 lg demam), semua tu tak dihiraukan. Itulah di KTHO.Kami bawak adek2 ke Mutiara Rini.Kebetulan tak ramai orang,sebab pagi tu ujan renyai2x..so, best sangat bermain dan berukhuwah...!. Apepun tabik spring gak pada team 'A walk to remember'-> Iqra' pada keesokan harinya, (nak join! tapi....memang tak larat).Ana sentiasa mendoakan yang terbaek untuk akhwat semua. Teruslah bersungguh-sungguh di Jalan ini... kerana kerja kita bukan mudah, jalannye bukan singkat, kerja ini kerja serius!

'SeGALA HArapan di Sandarkan kepada Allah'




Friday, July 10, 2009

Fikirkanlah Wahai Manusia...

Al-Hasyr: 21-24

'Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir'(21)

'Dialah Allah, tiada tuhan selain Dia.Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,Dialah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.'(22)

"Dialah Allah ,tidak ada tuhan selain Dia.Maha Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menjaga Keamanan,Pemelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.(23)

'Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah.Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya.Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.(24)

Friday, July 3, 2009

Cinta di Rumah Hassan Al-Banna

Sebenarnya tgh nak habiskan baca buku ni.Tapi memang suka la sebenarnya..

Sebab antara yang menarik adalah tentang bagaimana seorang ayah yang sibuk dengan masyarakat, sibuk dengan dakwah turut memainkan peranan dalam membentuk jiwa dan peribadi anak-anak.

Walaupun masa seorang ibu lebih banyak dengan anak-anak, namun peranan ibu dan ayah tetap berbeza. Kasih sayang dan belaian ibu mententeramkan dan menenangkan jiwa.Manakala perhatian dan keprihatinan seorang ayah dalam mendidik anak akan membentuk peribadi dan kekuatan anak dalam menghadapi onak duri.Seperti anak Pak Cik Hassan sendiri yang mengikut jejak ayahnya dalam memperjuangkan Islam.Kekuatan dan semangat luar biasanya dari seorang ayah.

Tambahan cerita lain tentang family saya sendiri.Kebenarannya memang ye tentang peranan ayah.Kerana ayah saya seorang bekas tentera yang garang. Memang kami adik-beradik dididik dengan cara ayah sebagai tentera.Tapi bila dah mencapai 20-an abah bersikap seperti kawan.Walaupun pahit jugak kenangan masa kecik-kecik.Tapi bila fikir balik,itulah cara seorang ayah.Memang akan ade hasil yang positif InsyaAllah.

doa untuk ayah ibu ku

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka, Lunakkanlah watakku terhadap mereka, Dan lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku. Dan pahala yang besar, atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku. Peliharalah mereka, sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan, atau kesusahan yang mereka derita karena aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku. jadikanlah itu semua penyebab terhapusnya dosa-dosa mereka, meningginya kedudukan mereka, dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah. Sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kebaikan dengan kebaikan berlipat ganda.