Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Leka dan terus leka...


Leka dan terus leka...
Itulah kita???...

Membayar untuk diserang (pemikiran)...
Apakah kita sedar...'mereka' (yahudi) berjaya dengan perancangan mereka..
Bagaimana pula perancangan kita...??sehebat manakah???
Sejauh mana halaqah yg dibawa berorientasi pembinaan Generasi Al-Quran yg unik???

Mereka plan jauhkan kita dr AQ dan As-Sunnah...->modus operandi utama kita...

so, kite kna pantas dan efisyen dengan strategi kita mengembalikan kegemilangan Islam..Membangkitkan iman yg lesu...menyedarkan yg leka..

Yahudi tidak akan redha dengan kita sehinggalah kita mengikut agama mereka..

Semoga sahabat2 kita di Gaza, Palestin yg sentiasa mempertahankan Maruah Islam..sehingga sanggup bermatian-matian mendapat balasan Al-Jannatul Firdaus

Dan semoga semangat mereka, itulah juga semangat kita dalam berjihad dan terus berjihad di medan masing-masing...

Saturday, December 19, 2009

Hijrah itu...

Just nak berkongsi ssesuatu yg baru saya dapat...



Kita harus yakin dengan ape yg kita percaya.Dan dengan keyakinan itu, kita bergerak bekerja untuk mencapai apa yg kita percaya.


Boleh direlatekan dengan peristiwa sULTAN MUHAMMAD AL-FATEH yg berjaya menawan kota Konstantinopel...

Wednesday, June 3, 2009

Kehilangan Pesawat Air France



BRASILIA: Tanda-tanda pesawat Air France terhempas di Lautan Atlantik semakin kuat selepas pesawat tentera udara Brazil menemui tempat duduk kapal terbang, jaket keselamatan, serpihan logam dan kehadiran minyak di tengah lautan itu, semalam.

Ia dikesan dari udara oleh juruterbang tentera Brazil yang melakukan operasi mencari dan menyelamat kira-kira 650 kilometer di utara pulau Fernando de Noronha.
Anggota penyelamat masih memeriksa sekitar lokasi nahas di lautan itu bagi mencari sebab kejadian berlaku.

Anggota penyelamat masih mengimbas laut di sebelah timur laut Brazil ke Africa. Juruterbang Airbus A330 itu berhenti komunikasi pada Isnin lalu.

Penyiasat Brazil dan Perancis juga mencari sebab untuk menentukan punca nahas. Antara sebab berpotensi termasuk peralihan arah udara dan disambar kilat

“Sejak semalam (kelmarin) kami melancarkan operasi mengesan pesawat berkenaan menerusi dua pesawat tentera Brazil tetapi ia tidak memberi apa-apa hasil,” kata Kolonel Laurent Mathou, pemerintah tentera udara Perancis di Dakar.
Pesawat itu membawa 216 penumpang daripada 32 negara termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang bayi. Daripada jumpah itu, 61 adalah warga Perancis, 58 rakyat Brazil dan 26 warga Jerman selain 12 krew.

Menteri kanan Perancis, Jean-Louis Borloo berkata adalah penting bagi penyelamat mengesan kotak hitam yang diprogram untuk memberi isyarat selama 30 hari.

Brazil menghantar enam jet bagi mencari pesawat Airbus itu manakala tentera laut menghantar tiga kapal. Perancis pula menghantar tiga jet, sebuah pesawat AWACS serta dua kapal laut. Amerika Syarikat pula bersetuju membantu menetapkan lokasi nahas.
-difahamkan jet ini baru 5 thn digunakan dan aspek mekanikalnya masih dalam keadaan baik.
-Mungkinkah ini petunjuk bala bencana yang Allah timpakan kepada manusia yang sering lalai dan leka…?
-
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Al-A'raaf : 179]