
Assalamua'laikum..
Yeay..mood mengupdate tiba jugak akhirnya..Seerah a.k.a sejarah..Dulu-dulu memang tak minat,kalau orang lain senang-senang dapat A1 dalam SPM, tapi saya 'susah-susah' dapat A2.Seerah ini bukan sahaja penting as bahan bacaan semata-mata, tapi juga untuk dipraktikkan. Sirah Nabi Muhammad, bukan sekadar untuk tahu atau hafal untuk jawab periksa masa zaman sekolah, tapi untuk kite meresapkan ia masuk dalam hidup.Jangan hanya pandai sebut 'Rasullullah idolaku',tp tak tahu dan tk kenal pun siapa sebenarnya Rasullullah..
Sekarang,target saya adalah membaca buku 'Sirah sahabiyyah'..Setiap hari seorang tokoh sahabiyyah jela.Supaya sepenuhnya dihayati.IA.
Bercerita tentang seerah ni, saya bukanlah orang yang minat, kadang2 memang terpaksa baca sebab nak bincang dalam usrah.huhu..Tapi alhamdulillah akhirnya, Allah kurniakan minat 'betul' dan sendiri dari hati. Antara faktor2 nye..apabila dengar daurah2 ISK,MZ, SJ semua..mesti ade link dengan seerah kan.Pastu bila penyampai mention jer nama tertentu,mesti macam 'eh, tak pernah dengar, ataupun, eh macam pernah dengar tapi tak ingat la'...macam2 la..kadang2 malu jugak, macam dah lama dlm tarbiyah, tapi kisah sahabat banyak yang tak tahu. Sehingga sekali tu dapat dengar secara online kuliah pasal sahabat'anas bin malik' .Best sangat dengar orang tu cerita ,memang detail, memang di sebutkan jugak point2 kenapa perlu baca seerah..Kita nak cuba jadi macam sahabat-sahabat nabi, ibarat bintang di langit.
Dan iA dalam usrah dan menyampaikan daurah, kite boley selitkan 'kehebatan dan kekuatan' iman mereka untuk dicontohi.Sebab tu jugak saya beli buku 65 manusia langit, 2 jilid tabie'n (ni memang kna beli) dan sangat teruja nak beli masa Makcik Zah promote buku sirah sahabiyyah.Best tau baca dan feel macam baca novel or cerpen.Harap mudah la menghafal dan mengingat kisah2 tersebut.
Membaca kisah sahabiyyah ini...
Memang ternyata..mereka ibarat kuntuman bunga mewangi yang penting memainkan peranan
dalam mengembangkan Islam.Mereka bukan sahaja hebat dalam berperanan sebagai isteri,ibu dan anak..malah sebagai pejuang Islam di medan jihad dan medan dakwah.(menjadi tokoh-tokoh dalam bidang tertentu,hadith,fiqh,dsbgnya)
'Setiap sahabat wanita itu ibarat sekuntum bunga yang tumbuh di ladang Islam.Lalu,ketika awan berarak diatasnya dan menumpahkan hujan,bunga yang bersih dan sarat dengan nilai takwa itu terus tumbuh subur dengan pupuk yang diperoleh dari 2 sumber bersih iaitu Al-Quran dan As-Sunnah'-Muhammad Ali Misyhri

