Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Harapan itu.....


Aku inginkan syurga!..
Aku mahu bertemu mu Ya Allah..

Aku mahu jadi seperti Rasul-Mu dan para sahabat
Dunia tidak mem'buta' kan mereka..
Mereka jelas matlamat..
Mereka pasti bahawa apa jua yang mereka lakukan untuk-Mu ya Allah..
Tidak secebis rasa hati untuk kepentingan peribadi atau 'kesenangan' sendiri..

Bernafas dalam jiwa hamba sangat sukar..
Kadang langkahku laju, kadang langkahku kaku
Bagaimana untuk mampu aku meyakinkan hati bahawa semuanya kerana-Mu dan untuk-Mu
Aku harus terus melaju menuju Syurga-Mu..Jannatul Firdaus

Terkadang...
Manusia itu mampu memberi harapan dan mudah juga menghancurkan harapan
Kadang tanpa sebab munasabah,
Namun tidak bagimu Ya -Allah
Aku yakin bahawa harapan itu yang sering kusalurkan dalam doaku kepada-Mu yang Maha Mendengar.....
Akan kau bantu ia terlaksana
Kerana Hanya Engkau yang ku percayai
Memberi harapan yang pasti..
Kebahagiaan yang hakiki