Sunday, December 26, 2010

Barakallah..





Bulan disember dan tahun 2010 akan melabuhkan tirainya...
Muhasabahlah kembali adakah ape yg kite rancangkan tahun ini tercapai?
Bagaimana tahun depan? ape perancangan

Bulan disember agak penuh dan pack dengan aktiviti menghadiri walimah.Dari ujung minggu di johor kemudian ke kemaman dan minggu seterusnya ke kedah..uhhh...penat juga sbb kerja pun banyak .Namun jemputan shbt2 yg walimah tk harus diabaikan.Selain titipan doa, melihat keseronokan mereka dan kegembiraan di wajah2 ni setelah menyempurnakan separuh agama, cukup membuat diri saya terharu(sedih + gembira)..iA mereka akan mendoakan saya pula:)
Barakallah ye dan semoga kekal hingga ke syurga
1) Akh 'Ammar& Ukht Baizura
2) Akh Zuki & Ukht Akmar
3) Akh Arizam dan Ukht Aiza
4) Akh Taqiuddin & Ukht Salwa

Saturday, December 25, 2010

awak, saya, (kite memang berbeza)


Tetiba nak post benda camni kat blog. Hanya perkongsian simple yg tiadalah bermaksud tentang diri. tetapi hasil dari pembacaan, pengamatan dan per'sembang'an (wujud ke perkataan ni?)

Kaum Hawa a.k.a. perempuan

-Orang suke ckp yang perempuan ni sensitif lebih la..berfikiran rumit la..(suke hati jer)
Tapi yang pasti , fitrahnye..memang emosi selalu mendominan seseorang perempuan.Sebab tulah Allah meletakkan kuasa talak kepada lelaki dan ayat AQ jelas 'Arrijalu Qawwamu na a'lannisaa'.
Dan bila mengatakan tentang otak perempuan..ibaratnye terdapat fail2/kotak2 kecil yang berdekatan yang saling berselirat..perempuan memang boleh fikir banyak benda dalam satu masa. Jadi sepatutnya seorang isteri itu mampu buat keje rumah macam2 dalam satu masa.dan perempuan akan fikir sekecik2 benda dan sedetail-detail sesuatu perkara yang kadang2 lelaki rase remah jer(ni boleh alami dalam meeting mengendalikan ape2 program)Dan perempuan juga, kalo gi shopping, walaupun dah catat nak beli ape..dia memang akan survey/belek2 benda lain jugak.

walaupun begitu selirat/bergabung2 perkara dalam kotak fikiran mereka, namun mereka tabah dan ok je..mereka mampu menenangkan hati sendiri dan membiasakan keadaan..itu fitrahnya perempuan
Tapi kadangkala , airmata gugur jugak..saat emosi sedih tk terkawal atau menangis kerana ALALH/ menangis memohon kekuatan dari-Nya
Ada kalanya , tangisan yang tulus dari hati mereka mampu mencairkan lelaki

Lagi...perempuan mengatasi masalah dengan berkongsi..dia tk mintk seseorang untuk selesaikan, tetapi cukuplah seseorang itu memberi tumpuan/ perhatian/respon..perempuan dah rasa cukup..perkongsian itu kuncinya
dengan kelegaan setelah berkongsi itu, perempuan mampu bangkit semula..dan selain itu, perempuan juga biasenya ckp lain biasenya maksudkan lain (ni mmg bukan berbohong, tp cara semulajadi)..dia suka harapkan orang lain itu cuba fahamkan maksud n ambil tindakan..(tp bila orang lain itu salah fhm, payah). Walaupun perempuan itu penuh ketegasan, namun hati kecilnya, hanya ALLAH yang tahu bahawa sifat lembut dan keanak-anakan pasti wujud.Jika telah berkeluarga,dia mampu meminjamkan bahu untuk anak2 dan suami, mampu memberi kebahagiaan kepada seisi keluarga dengan caranya tersendiri..


Lelaki a.k.a. kaum Adam
Suka kononnya bagi penyelesaian..padahal malas nk dengar perkara remeh-temeh, dan mempunyai ego yang mane lebih baik kita biarkan jer mereka berfikir sendiriBeri dia masa untuk mengambil keputusan yang terbaik.Lama kelamaan dia akan faham situasi sebenar. Dan kadang2 apabila bermasalah, lelaki lebih suka menyendiri, senyap dan tk mahu diganggu.beza dengan perempuan, kna 'sharing'

Otak lelaki plak ibarat fail2 berlainan yang disusun dalam kotak2 yang berasingan.Lelaki akan selesaikan satu-satu perkara dan mampu mengasingkannye secara total.Tak perlu nak kaitkan antara perkara. Sebab tu mereka fikir mudah jer. dan yang saya baca, kita tak boleh tegur terus kesilapan dia, dia akan melenting, tp kita puji dulu sebelum bagi pandangan yang baru. Kepuasan mereka akan wujud apabila mereka dihargai.

Dari segi peranan dalam keluarga , pengemudi Bahtera, dia perlu menjadi seseorang yang mampu membuat keputusan yang tepat, cepat dan bijak (bukan senang).Namun pada dialah keluarga bergantung harap pada nafkah dan keperluan dan mendapatkan perlindungan (security).dan perlunya dia mampu menjadi imam di rumah dan pada masyarakat.
Segagah mana lelaki itu, dia juga mampu menangis kerana perkara tertentu.

Apepun, inilah sunnatulah mengapa Allah ciptakan lelaki dan perempuan.
Kita memerlukan orang/insan yang melengkapi keperluan diri kita. bukan mudah.
Semoga ALLAH mengurniakan kita orang yang kita perlukan:)

Wednesday, December 15, 2010

Antibiotik untuk diri sendiri...

kalo sakit, sama ada berehat, atau makan ubat..
Bila makan antibitik..sila habiskan supaya antibodi betul2 kuat n& bila bakteria/virus meyerang lagi, perlindungan dah ade.

Antibiotik untuk diri sendiri..adalah bagaimana kita membina kekuatan sendiri / tarbiyah dzatiyah dalam mengharungi hidup...Segala-galanya tarbiyah..hampir setiap hari kite berdepan dengan nilai tarbiyah..

So, ALLAH kan dah nyatakan dalam Surah Al-A'nkabut...
Kita sbg org beriman pasti diuji.kite tk boleh compare jalan cerita hidup kite dengan org lain..msg2 ade 'jln cerita' tertentu yg berhikmah...So, apabila dah mkn antibiotik tu, iA pertahanan kuat untuk harungi apa jua jln cerita...
Pasti dapat hadapi wlpn orang lain sangka kita tak mampu..

Kita kan akhawat, akhawat kena kuat...(kdg2 kna realistik gak la..kita bukan robot tk berperasaan, hormon2 dalam badan still berfungsi dan fitrah tetap fitrah)...

Cuma seandainya nilai akhawat tu menjadi ukuran, maka si pemiliknye perlulah lebih dari biasa..

* Tibe2 idea2 ni keluar ,ntah ape point sbnr)
* artikel ni...penuh makna..'akhawat suke

Monday, December 13, 2010

andai itu yang terbaek...



Kadang2 mcm2 kita impikan dalam hidup...terutama kebahagiaaan...
Tp tak semua kita akan dapat...
Mungkin bukan itu untuk kita..
Mungkin juga belum sampai masanya..

Namun, itulah yg terbaek..
Teruslah berjuang demi cinta-Nya yg hakiki..


p/s: silent mode inside of me..:(

Monday, December 6, 2010

Kerana merasa 'hidup' dalam tarbiyyahMu....


Alhamdulillah.Allah terus memanjangkan usia menghirup udara segar....kini..kita melangkah ke 1 muharram...Hijrah

Hijrah..biasanya didefinisikan sebagai berpindah..berubah dari satu keadaan ke keadaan yg lain.Apepun, itulah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yg pastinya membawa makna sampai sekarang(sentiasa relevan).

Ntah kenapa tiba2 nak update blog. Ntah ade ke tak org nak baca blog ni.Paling dikhuatiri, kata2 yg ditulis ni bakal menguji si penulisnya.Apepun, dah nak tulis , proceed jela kan

Hijrah saya ke Desa sentosa dan Kolej ni dah hampir 9 bulan.Fuhhh..cepatnya masa berlalu, kalo org mengandung, mesti dah lahirkan baby, baby yg 9 bulan plak kian membesar. tapi apa yg terjadi pada saya??
Medan dakwah di sini sangat subur, cuma mungkin la tak semantap di tempat lama.Ramai orang nak tarbiyah. Cuma cukupkah tenaga? bersediakah?(cuba membina alasannampaknya)

Namun, jika tidak pandai membahagi masa, tugas dan tanggungjawab, habeslah...
Itu yg berlaku pada beberapa bulan lalu.Kini, alhamdulillah, syukur atas segala perancangan dan aturan-Nya yang sangat indah.Saya semakin biasa dengan kerja, bahagi masa, ukhuwah ngn rakan seusrah juga semakin mantap, dan saya sngt2 suka bila saya kna bawak usrah lebih dari 1, supaya saya tak merasa 1 jenis rehat yang memenatkan (rehat , melepak ).Kata2 dan ape yg kita ckp kat objek dakwah kita tu, pastinya akan terasa untuk diri sendiri. Beza memang berbeza dengan jika kita just dapat usrah sahaja.

Semakin lama , saya dapat terima keadaan /waqi' ini.Bagaimana untuk memberi pandangan / berinteraksi dengan bakal2 doktor.Cover mereka pada masa tertentu apabila mereka tak sempat. Belajar lebih fokus pada daurah dan program dan meeting(sblum ni suka sangat tersengguk , kononye letih sangat keje)



Kini, saya tengah planning bagaimana nak menjadikan usrah lebih muntijah supaya usrah tu tak 'mandul'.Patutnya dalam setahun lagi(plg tk la) anak2 usrah sekarang dah boleh bawak usrah.Sekarang mereka 1st year, nanti paling tidak, 3rd year, mereka mampu menggerakkan tarbiyah disini. So, naqibah dia kna la mempelbagaikan segala aspek..supaya usrah tu 'hidup', kefahaman dan keyakinan serta kethiqahan itu dapat dibina dengan cantiknya.Kerana cinta pada dakwah ini dan saya ingin merasa terus hidup dalam tarbiyah ni..Bukan sekadar ada pun takpe,takde pun sama..Kerana saya sangat2 khuatir, pada 1 masa perasaan-perasaan dan pemikiran tentang tarbiyah ini ALLAH tarik kerana kelekaan diri sendiri.


Jika mungkin, saya sanggup melepaskan beberapa perkara jika itulah harga untuk terus berada di jalan ini.
Wallahua'lam..(akhirnya update jugak)

p/s: Jom hijrah ke arah lebih baik.