Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

cinta menuju Syurga



Serious dan jujur memang tak layak langsung untuk bercerita tentang Baitul Muslim ni.Dan diri sendiri tidaklah melangkah ataupun akan melangkah ke tangga kedua itu dalam masa terdekat(jujur giler).blum lagi.IA suatu hari nanti..doakan

Sebenarnya nak berkongsi tentang Forum Baitul Muslim yang dihadiri baru-baru ni. Uniknye, pendekatan yang dibuat adalah skop yang lebih luas yang mana panelis forum
1) Pakcik Ikhwah - Pakcik Fuad
2)Pakcik bukan ikhwah yang telah menjadi ikhwah hebat setelah walimah dengan akhawat-Dr T
3) Pakcik Taufiq- Ikhwah ( revert, Chinese)
4) Makcik Endok -Akhawat

So, ana citer overall la yer..mesti dapat imagine kot cerita paling best adalah Dr T. Rase macam 'wow'..Nak dijadikan cerita, dia bertemu jodoh dengan akhawat yg pada masa itu dia tk tahu pun itu akhawat. Zaujahnya mengaturkan untuk dia di follow-up. Dan dia memang sangat hargai zaujahnya yg dikatakan memberikan cahaya. Daripada istilah agak2nye 'calon neraka' dulu, tetiba mendapat hidayah. Berkahwin tanpa bercinta sebelumnya.Dan lebih kepada diaturkan family la jugak.Family saling berkenan.Zaujah pandai masak dan Dr T pulak imej baik didepan parentsnya (wlpn akhawat tu pernah dipinang 3 ikhwah-family tolak). Rupanya jodoh dengan Dr T. Zaujahnya yang mengajarkan/ mentarbiyah secara tidak langsung. Tapi Dr T nasihatkan supaya lebih baik kite pilih sesama fikrah, kerana pandangan/view kite sama. Incase bagi akhawat (kan akhawat ramai sangat) terjumpa anasir2 baik dan 'terkahwin', iA sekiranya prepare dan 'kuat' , boley memasukkan zaujnya ke dalam tarbiyah.Dan persediaan / fikiran tentang jodoh yang baik harus wujud 10 tahun atau sebelumnya lagi.Sentiasa kena sentiasa doa nak dapat jodoh yang soleh/solehah.

Yang istimewanya antara ayat best yg diquote ' akhawat ni, apabila kite dah kawen ngan akhawat, dia ade seri yang takkan hilang sampai bile2, tak sama macam perempuan biasa'..perghhh....Harapnye..


Pakcik Taufiq- Dia revert kepada Islam before walimah lagi. Dan memang dia meminta pihak BM menguruskan. Dan agak susah sebenarnye apabila family yang if tak btul2 faham, nak terima menantu yang budaya dan cara hidup kaum yang lain.Namun, family zaujahnye sangat menerima.Ape yang pasti, pesanan pakcik, If kite nak menerima seseorang masuk dalam hidup kite, kna be prepare, rendahkan ego, pertimbangan yang mendalam samaada itulah yang terbaik untuk kite. Apepun, melalui Baitul Muslim seperti ini, fikrah lebih tersebar luas.


Pakcik Fuad- Dalam planning nak mendirikan baitul muslim, seharusnya dalam minda kita, pandangan dan tasawwur yang jauh yang mana kita nakkan perubahan ummah dari baitul muslim kita. Tasawwur yang akan diwarisi anak-anak. Dan apabila kite dijodohkan dengan seseorang, pastinye sepanjang proses (sebelum terima lamaran) itu, kita tkkan tahu semua tentang orang tu sehinggalah kita berkahwin dengan dia.Namun, untuk dapatkan maklumat pasti tentang dia, mohonlah dari ALLAH melalui istikharah dan perbincangan.Juga paling penting adalah restu ibu bapa.Kerana perkahwinan juga melibatkan 2 keluarga besar.


Makcik E- Bagi akhawat, jangan pernah mengeluh atau berputus asa apabila belum bertemu jodoh.Yang penting niat untuk mendapat pasangan yang baik, doa Nabi Zakariya, dan sentiasa istighfar. Dan be a professional akhawat apabila terpaksa berurusan dengan mana-mana lelaki.Sentiasa menjaga penampilan, cara bercakap, ketegasan pada tempatnya.Juga jangan hanya menunggu takdir. Kita perlu mengejar takdir dengan merencanakannya sebaik mungkin.Mengejar takdir yang baik.

Dan kesimpulannya, be prepared dan kena istiqamah dalam dakwah kalo nak kawen bukan ikhwah/akhawat (supaya tunjukkan contoh baik...Dan bukan hanya cari orang Islam yang baik tapi mampu faham dan amalkan Islam sebaik mungkin).Serahkan kepada ALLAH perkara di luar kemampuan kita. Cinta selepasa kahwin, perencanaan rapi, .

p/s : Tak reti sangat nak tulis, tp kalo korang dengar sendiri forum tu, mesti banyak input yang dapat.