Showing posts with label fikrah. Show all posts
Showing posts with label fikrah. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Isti'ab...


Fathi Yakan mengungkapkan bahawa :

Dalam membimbing manusia kepada kebenaran, kesabaran yang tinggi diperlukan. Kerana masyarakat memiliki ragam yang pelbagai. Ada yang menganggap tiada yang lebih penting daripada kepentingan peribadinya. Orang seperti ini terkadang tidak akan berpuas hati sehingga menemui si Da'i untuk menceritakan masalahnya, tanpa memperdulikan masa dan kondisi si Da'i. Mungkin dia akan menemui tatkala kita sedang makan, ataupun ketika kita sedang tidur untuk beristirehat. Semua ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk tetap terus membimbingnya dengan baik.

Kerana seorang Da'i yang sebenar adalah Da'i yang hidup untuk orang lain dan bukan untuk dirinya sendiri, berusaha untuk membahagiakan orang lain meskipun harus mengorbankan kebahagiaan peribadi. Semua itu dilakukan dengan sebuah keyakinan bahawa apa yang dilakukannya akan membuahkan keimanan di hati mad'unya, dan yakin bahawa apa yang diusahakannya akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT pada hari hisab.

p/s :...memang payah..namun usaha untuk mengaplikasinya penting ...
sy sndiri masih jauh dari itu..sama berdoa smg kita mampu

Wednesday, March 3, 2010

Jangan Tinggalkan Jalan ini...

Kita Yang Memerlukan dakwah ini.Bukan dakwah yang memerlukan kita. Teringat saat berkenalan 'semula' dengan-Mu di bumi UTM. Di saat ingin mencari sumber kekuatan untuk menghadapi cabaran di universiti,Engkau utuskan insan -Murabbiyah2x (ESpecially murabbiyah yg kedua-Di Jepun skrg, mengenalkanku erti kesungguhan berada di Jalan ini)..Mendatangkan perasaan perlunya mencari tarbiyah , perlunya usrah, perlunya program2..setelah 2thn 1/2 bersamanya, transformasi diri berlaku..Kakak ni pun dah berhijrah ke Jepun..lalu saya nekad menyambung pengajian di Peringkat Sarjana, kerana merasakan...sy masih mengharapkan sesuatu dr bumi UTM. lalu bertambahlah jangka masa di bumi UTM-> 2THn +++.Tempoh masa tambahan ni, sangat bermakna kerana segalanya telah diatur dengan baik oleh ALLAH.Terima Kasih kepada naqibah2x ku, shbt2 akhawat dan ikhwah yang banyak membantu, dari pelbagai sudut..dari seorang yg baru merangkak ke seorang yg bertatih, dan dah boleh 'berlari'..Maafkan segala salah dan silap sepanjang bekerja bersama..Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula bumi UTM...namun masih bnyk lagi perlu dipelajari dan perjalanan ini masih panjang...Doakan semoga langkah saya di tempat baru dipermudahkan.Segala pengalaman, pahit manis yg pernah dialami sebelum ni, akan menjadi sumber kekuatan meneruskan langkah....

Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna sendiri pernah berpesan;

" Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala usaha, tenaga untuk 'aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan keuntungan untukmu di dunia dan di akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu.Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia di medan dakwah akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang-ambing antara seruan-seruan dan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai"(Dari Buku 'Jalan Dakwah' Antara Keaslian dan penyelewengan-Mustafa Masyhur)

Tuesday, January 19, 2010

Ketika Melalui Jalan Untuk Mendaki (edited)

Begitulah, jalan dakwah ini mengajarkan bahawa sebaiknya kita melihat kepada diri kita terlebih dahulu,melakukan prasangka baik kepada orang lain, sampai jelas suatu kebenaran itu benar dan kesalahan itu kesalahan..

Begitulah lemahnya seorang manusia yg pasti kdg2 menjadi satu tabiat menyalahkan orang lain atau lebih menilai org lain berbanding diri sendiri..Lebih banyak ingin menerima berbanding memberi.Fitrah ini bisa kita ubah atau perbaiki dengan melihat dan merenung segala nikmat Allah dari persepsi yg luas..Kadang2 kelemahan dan kekuatan ini saling melengkapi dan membantu apabila kita dalam satu organisasi..Kepelbagaian mencantikkan organisasi.

Dan berbalik kepada tajuk, sbg murabbi, pastinya kita mengharapkan kita mampu mendidik (tarbiyah) mutarabbi sebaik mungkin..kita harap dia jd itu..ini dan itu...Kadang2 terlintas..(kenape dia tk..?..dan macam2 lagi)

Tapi pernahkah kita nilai diri kita...Setinggi mana usaha kita?diri kita dengan Allah bagaimana?..mungkin kekhilafan kita menyebabkan ape yg kita cuba sampaikan tak terkesan pada diri mutarabbi..halaqah jadi rutin mingguan yang membosankan mutarabbi..tarbiyah yang tak terjelma dalam amal mereka. Adakah Mungkin kerana kita tak bersungguh-sungguh bawa halaqah??..mungkin kita tak prepare...dan pelbagai lagi kemungkinan..

Justeru, lihatlah kelemahan diri sblm melihat kelemahan org lain....apepun, lakukan anjakan paradigma dalam diri...Bawalah misi menegakkah kalimah ALLAH ni dengan bersungguh-sungguh.




"Bagaimana Jalan Dakwah Mengajarkan kami"-M.Lili Aulia + luahan rasa dr diri sendiri
Maaf sy tk pandai menulis...

Tuesday, January 12, 2010

Perbaikilah dirimu..-ADIEUX JAHILIYYAH

Seseorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya itu. Tidak terkintas dalam hatinya ketika melafazkan kalimah ’dua kalimah syahadah’ melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya.


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


ISLAM - Cara hidup, tunduk dan patuh dengan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarangNya

JAHILIYYAH - Al- hawa’ iaitu apa-apa selain islam

mengapa perlu tahu beza Islam/Jahiliyah

Supaya kita dapat mengamalkan apa-apa yang islam dan tinggakan sepenuhnya apa-apa yang jahiliyyah, buangkan segala rawasib (karat) jahiliyyah (SURAH MUHAMMAD 1-3)



akibat membuat kerja Islami (dakwah) tp tidak meninggalkan Jahiliyah

’Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan’ (61:2-3)



kena pilih salah satu, samaada Jahiliyah atau Islam

Bagaimana mahu mengubah hati dan fikiran manusia? Perubahan hati yg kita mahu, bukannya luaran. Buangkan segala jahiliyyah yg ada dalam diri, amalkan Islam sepenuhnya.

’ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu’ (2:208)



# Semoga kita berjaya mengucapkan SAYONARA JAHILIYYAH....

P/S : tgh nak hadam benda ni untuk diamalkan dan disampaikan..Semoga Allah permudahkan segala urusan...IKHLAS..IKHLAS..IKHLAS

Tuesday, December 22, 2009

Aku InsyaAllah dai'yah solehah...(AIDS)

InsyaAllah posting kali ni berkaitan tajuk kat atas yg selalu disebut2 oleh rakan2 serumah(Baitul Iman)...."AIDS"....Mari berusaha ke arah ini.....

Ciri-ciri penting Daie':

1. Sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskan niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan , segala urusan akan runtuh dan musnah.tiada makna kita membawa dakwah ini.

2.Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yg dipikul. memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tugas yang dipikul merasai ganjaran yg tidak ternilai bakal menanti diri.

3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan),memberi tunjuk ajar,dan menasihati dengan baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.

4. Ramah mesra, mempermudahkan urusan, memiliki akhlak yang baik.Sabar,lembut,tidak cepat marah. mengharapkan balasan disisi Allah hasil dari rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah.Mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w.

5.Memahami selok belok cara hidup budaya masyarakat setempat yang dia berkecimpung di dalamnya.Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku didalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam madu' yang didakwahnya.

6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasullullah s.a.w. dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan.Sebagai penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi.

7.Menghafaz Al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran mempunyai kesan besar dalam jiwa.

8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan , unsur akal (kefahamn dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.


p/s; Semoga sentiasa berusaha ke arah ini...Ingatlah, kita hanya disuruh beramal dan natijahnya terserah kepada Allah.

Sumber : DAKWAH FARDHIAH (Mustapha Masyhur)



Thursday, October 22, 2009

Kasih Sayang menjadi Landasan...

Imam Hassan Al-Banna dlm buku Majmu' Rasail (Tajuk;Dakwah Kita)

Kita mahu bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri.Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini.Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini.Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima penghinaan ini, atau redha dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih dari kepentingan sendiri...

Refleksi kepada diri sejauhmana usaha kasih sayang kepada madu' selama ni..
Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran, terus bersama yg lain dalam mendekati masyarakat...pengislahan diri dan orang lain...Demi Redha-Nya

Thursday, September 10, 2009

Peristiwa Badar

Antara yang sedia kita maklum adalah Peristiwa perang Badar Al-Kubra.yang mana 313 orang Islam telah berjaya memerangi 1000 orang kafir Quraisy.Terjadinya peperangan ini setelah baginda Rasullullah Sallahua’laihi Wassalam mendapat tahu tentang ketibaan kafilah perniagaan Quraisy dari negeri Syam di bawah kelolaan Abu Sufyan Bin Harb melalui persisiran Kota Madinah. Baginda Rasullullah menyeru sekalian kaum muslimin mengorak langkah ,menyerang dengan tujuan merampas apa yang dibawa sebagai ganti kepada sebahagian harta yang mereka tinggalkan di Mekah dahulu.Ada yang bersemangat dan patuh manakala ada yang merasa berat dengan seruan tersebut.

Pihak Abu Sufyan pula telah merisik semasa di tengah jalan hendak ke Mekah gerak geri orang Islam di Madinah.Dia mendapat tahu tentang perancangan orang Islam untuk menyerang dan menawan unta-unta Kafilah.

Dia terus mengutus Dzamdazar Ibnu Amru dan Al-Ghaffari ke Mekah untuk memberitahu tentang perkara tersebut.Maka bersiap sedia lengkap angkatan tentera dari Quraisy untuk mengerang kaum Muslimin.Perkara ini tidak diketahui kaum muslimin.
Kafilah Abu sufyan berjaya melepas diri.Sebelum memutuskan untuk menentang tentera kafir Quraisy, Rasulullah telah bermusyawarah dengan sahabat untuk mengambil pendapat dan fikiran.Kaum muhajirin menyambut baik keazaman Rasullullah itu. Manakala dari pihak Ansar, diwakili Saa’d Ibnu Muaz berkata ;”Sesungguhnya kami telahpun beriman dan percaya dengan kau, dan kami mengaku bahawa segala apa yang kau bawa itu benar, dan telahpun kami beri kepercayaan mengikat janji akan patuh dan taat setia maka teruskanlah mengikut kehendakmu di mana kami sekalian bersama-sama mu.Demi Allah, Dialah yang mengutus engkau dengan benar, seandainya engkau mengharungi lautan,nescaya kami bersama-sama mu”.

Rasulullah gembira mendengar kata-kata Saa’d tadi lalu berkata” Maralah dan bergembiralah kerana Allah telah pun memberi janjinya dan kejayaan ke atas salah satu kumpulan.Demi Allah seolah-olah aku melihat ketewasan kaum Kafirin.

Pihak Quraisy mengambil tempat yang jauh dari mata air. Manakala dengan cadanagn Habbab Bin Munzir, kaum muslimin memilih tempat berdekatan mata air. Saad Ibnu Muaz juga mengesyorkan agar dibina untuk perteduhan dan keselamatan Rasullullah.
Rasullullah sentiasa member sokongan kepada sahabat baginda dengan menceritakan tentang pertolongan dan janji Allah. Baginda berterusan memohon pertolongan Allah. Menjelang Jumaat tahun 2 Hijrah 17 Ramadhan, berlakulah Perang Badar Al-Kubra. Allah member pertolongan dengan meletakkan saff para malikat berperang bersama.Kemenangan di pihak Muslimin kerana matinya 70 orang musyrikin dan 70 mereka turut tertawan.Manakala Syuhada Islam 14 orang.

Kemudian Rsulullah bersyura dengan para sahabat tentang tawanan perang. Abu Bakar mencadangkan mereka ditebus dengan wang(demi untuk kewangan Islam, berpendapat suatu hari mereka akan mendapat hidayah).Manakala umar mencadangkan mereka semua dibunuh (kerana mereka kepala dan ketua-ketua Musyrikin).Tetapi Rasulullah cenderung dengan pendapat Abu Bakar lalu ditegur oleh Allah dalam ayat Quran (Al-Anfal 67-69) dan (At-Taubah : 111)

“ Tidak patut bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi.Kamu mengkehendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untuk kamu).Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil. Maka makanlah sebahagian dari rampasan perang yang telah kamu ambil itu sebagai makanan yang halal lagi baik.dan bertaqwalah kepada Allah Penyayang.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Merka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh”.
Sumber: Fiqh Al-Sirah 2 (Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti)

Thursday, September 3, 2009

di sini kita....

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyhur pernah menyebut;

Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah.

minat dengan satu ayat Surah At-Taubah ni;

9:128

" Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami,(dia) sangat menginginkan (keamanan dan keselamatan)bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman"


Sesungguhnya bukan dakwah yang memerlukan kita tetapi kitalah yang perlukan dakwah buat jawapan kita di hadapan Allah kelak...

Biarpun tidak dihamparkan dengan karpet merah, namun onak beranjau itu tetap dilalui jua.

Jangan berbangga dengan amal yang sedikit.

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Mubarak


Anak-anak sedara ku

Gambar di atas takdak kna mengena pun dgn topik ni..(just miss them very much)

Alhamdulillah Allah memberikan nikmat yang tidak terhingga dengan mempertemukan kita dengan Ramadhan kali ini. Betapa ramadhan ini sesuatu yang ditunggu2 oleh kita dan pemergiannya kelak bakal ditangisi.Allah telah memanjangkan usiaku 1 Ramadhan tahun ini bersamaan tarikh Ulang tahun saya.

Justeru, mengambil peluang dengan pintu rahmat Allah yang dbuka seluas-luasnya , marilah kita merebut peluang menjadikan Ramadhan ni sebagai " universiti Tarbiyah" yang mane kita akan tamat pengajian kelak dengan menjadi individu Muslim yang lebih baik.

Tingkatkan amal ibadat (Qiam, Tilawah,Tadarus, Zikir, Istighfar, Selawat, Solat Sunat, Infaq,dsb)

Juga jangan lupa teruskan perjuangan menyebarkan risalah Islam.Kencangkan lagi dakwah kita.

SET OUR TARGET TO ACHIEVE MUTTAQIN LEVEL WHEN WE GRAD FROM THESE MADRASAH TARBIYAH LATER.

Thursday, June 11, 2009

Di Jalan Ini

“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain” (Hasan Al-Banna)

“Yang aku maksudkan dengan Jihad ialah kefardhuan yang berkekalan hingga ke Hari Kiamat. yang dimaksudkan oleh hadis Nabi saw bermaksud, ‘Siapa yang mati sedang dia belum berperang atau belum berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah’. Peringkat terendah ialah menginkari dengan hati. Peringkatnya yang tertinggi ialah berperang dijalan Allah. Diantara kedua-dua peringkat tersebut, jihad pertuturan, jihad penulisan, jihad tangan dan berkata benar dihadapan ketua negara yang zalim. Dakwah tidak hidup melainkan dengan Jihad. Betapa tingginya cita-cita Dakwah dan luasnya rung lingkupnya, begitu jugalah agungnya Jihad dijalannya, tingginya harga yang dituntut untuk memenangkannya dan melimpah ruahnya pahala bagi mereka yang bekerja (ke arah itu). Firman Allah swt bermaksud, “Berjihadlah kamu dijalan Allah dengan sebenar-benar Jihad” (Surah Al-Hajj)” [Hasan Al-Banna]

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906 – 1949), pengasas Ikhwan Muslimin.
p/s: Sementara b4 Cerpen Siap.hehe

Friday, April 24, 2009

Jalan Dakwah ini…..




Sayyid Qutb rahimahullah pernah mengatakan, ‘Para penegak dakwah tidak boleh berputus asa dan memperbaiki jiwa dan menanam respon baik kepada orang yang didakwah. Meskipun apa juga halangan,rintangan,pendustaandan pengingkaran yang dihadapi. Jika seratus kali dakwah belum sampai ke hati, mungkin akan sampai pada kali yang ke seratus satu. Jika seribu kali da’wah belum masuk ke hati, mungkin akan masuk pada kali ke seribu satu.Jalan dakwah ini bukanlah jalan yang lembut dan mudah,sentiasa ada halangan kebatilan dan kesesatan. Taqlid dan kebiasaan yang bersemayam yang dalam hati harus disingkirkan perlahan-lahan dengan pelbagai cara. Semua lokasi yang sensitif harus disentuh……(Fi Zilalil Quran ; 4/2394)

Jalan dakwah ini mengajarkan kepada kita bahawa memang diri memerlukan dakwah.Kebersamaan bersama sahabat-sahabat lain semakin menegaskan bahawa semua harus terus bersama di jalan ini agar bahagia di dunia dan akhirat.

Rasulullah S.A.W bersabda; “ Perumpamaan aku dengan nabi sebelumku,ibarat seorang lelaki membuat sebuah bangunan, yang diperindah dan dipercantikkan seluruhnya,kecuali satu tempat untuk batu-bata di satu sudutnya. Ketika orang-orang mengelilinginya, mereka kagum dan berkata , seandainya ada batu bata diletakkan di situ. Maka akulah batu-bata ini, dan akulah penutup para nabi."

Dakwah adalah realitinya satu perjuangan yang diserukan oleh nabi terdahulu, dilanjutkan dan disempurnakan dengan dakwah yang diperjuangkan Rasullullah s.a.w. Perjuangan dakwah ini kemudiannya terus berlanjut dan diwariskan untuk para sahabat baginda, generasi tabi’in, tabi’ tabi’en, hingga kepada kita yang berjalan di atas perjuangannya hingga ke hari ini.

Jika ingin menjadi batu-bata dari bangunan agung (menyeru manusia) ini, maka pastinya tukang bata akan memilih batu-bata yang ia akan tempatkan pada bangunannya. Tak semua batu-bata diletakkan pada posisi yang tinggi, dan tidak juga semuanya harus di bawah. Bahkan terkadang si tukang bata mungkin akan memotong batu-bata tertentu mengikut ukuran untuk menutup sudut yang masih kosong pada bangunan.

Analogi ini menceritakan bahawa jika kita ingin terpilih sebagai pejuang/penyebar risalah ini, maka sentiasalah memperbaiki diri dengan ilmu,kefahaman dan amal. Juga perlulah sanggup menghadapi apa jua liku-liku dan mengikut kesesuaian masa,tempat dan keadaan di jalan dakwah ini. Bukanlah jalan dakwah yang mengikut cara kita, tetapi kita yang harus memenuhi keperluan medan dakwah.


“Sesungguhnya medan berbicara itu tidak semudah medan berkhayal. Medan berbuat tidak semudah medan berbicara. Medan jihad yang benar, tidak semudah medan jihad yang keliru. Kadang-kadang kebanyakan orang berangan –angan yang mampu diucapkan dengan lisan. Banyak orang yang hanya pandai berbicara namun hanya sedikit yang mampu bekerja bersungguh-sungguh. Dan dari yang sedikit itu banyak yang sanggup bekerja namun sangat sedikit sebenarnya yang mampu menghadapi rintangan-rintangan yang berat dalam berjihad…….” (H.A.B)