Tuesday, December 29, 2009

mencari kesempurnaan.....



Saje buat tajuk ni..apepun..dalam kita melalui kehidupan, manusia biasa sering mengharap kesempurnaan atau ciri2 tertentu bagi org yang bersamanya.Dalam bersahabat pun sama..tapi hanya Allah mengetahui..saling melengkapi..itulah yang sebaiknye..
Berdoalah kepada Allah supaya ukhuwah terus mantap biarpun diuji dengan badai.Jangan biarkan syaitan menang..

p/s: mintak maaf kepada sesiapa yg tak suka dengan karutan saya kadang2..sesungguhnya saya insan biasa.Yang ade perangai sendiri..Asal tak menyimpang dr landasan syariat-Nya.

Friday, December 25, 2009

Abu Talhah Al-Ansari

Abu talhah telah berkahwin dengan Ummu Sulaim (wanita janda yang berbudi, cerdas, berfikiran matang dan memiliki sifat cukup sempurna.Melalui Ummu Sulaim; terdetik hatinya untuk memeluk Islam. Ramai kaum Muslimin yang mengulas pernikahan mereka; "Kami tidak pernah mendengar mas kahwin yang lebih mulia dari yang diminta oleh Ummu Sulaim.Dia menjadikan Islam sebagai mas kahwin pernikahannya"

Sejak dari itu Abu Talhah terus menyertai panji Islam.Dia mencurahkan seluruh kemampuannya untuk memperjuangkan Islam.Dia dan Ummu Sulaim termasuk dalam kelompok yg menyertai Perjanjian A'qabah pertama.

Kisahnya yang paling menarik adalah sewaktu Perang Uhud.Dia mempertahankan Rsulullah dengan sepenuh hatinya.
Kecintaan Abu Talhah kepada Rasullullah s.a.w. telah menguasai seluruh relung hatinya dan mengalir dalam setiap urat nadinya. Dia tidak pernah jemu memandang wajah baginda dan tidak pernah bosan mendengar kata-kata baginda yang indah.
Apabila kebetulan sedang berdua-duaan dengan Rasullullah s.a.w., dia merapatkan duduknya di depan baginda sambil berkata: " Aku rela nyawaku menggantikan nyawamu dan tubuhku menjadi perisai bagi tubuhmu".

Dia bukan sahaja dermawan mengorbankan nyawanya di medan jihad, tetapi juga dermawan mengeluarkan hartanya bila diperlukan oleh Islam.

Selama 30tahun setelah Rsullullah wafat, Abu Talhah sentiasa berpuasa kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa.

Usia Abu Talhah cukup panjang sehingga menjadi tua bangka.Pada ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan, Abu Talhah tetap menyiapkan diri untuk ikut berperang menyerang wilayah kepulauan tengah walaupun putera-puteranya menghalang. Semangatnya untuk menegakkan kalimah Allah di seluruh pelusuk bumi tidak pernah luntur.

Abu Talhah menjawab dengan mengatakan ayat firman Allah dalam Surah At-Taubah:41
"Pergilah berperang dalam keadaan senang mahupun susah"....

Dia turut ikut pergi berperang pada ketika itu.Namun,ajal menjemputnya ketika mengharungi laut di atas kapal bersama tentera Islam yang lain.

Dia dikebumikan jauh dari tanah airnya,keluarganya; namun dia tetap dekat dengan Allah.

Thursday, December 24, 2009

destinasi...

Hidup penuh dengan warna warni..Sebagaimana perancangan seorang manusia,yang pastinya lemah,pastinya Allah sebaik-baik perancang yang mengaturkan segalanya..

Destinasi yang ingin ingin sy cr pastinya destinasi cinta Allah..
Alhamdulillah Allah sentiasa menyayangi dan mengurniakan yang terbaik buat diri ini...
Sy sayangkan dakwah ini yang membuatkan saya bahagia : cinta kepada sahabat-sahabat disini, adek2 disini...segalanya indah disini.


Moga Allah memberikan tempat terbaik ..untuk kerjaya akan dtg...Walau kat mne pun..sy redha..kerna Allah sentiasa bersama.."Bersama-Mu aku hidup"

Tuesday, December 22, 2009

Aku InsyaAllah dai'yah solehah...(AIDS)

InsyaAllah posting kali ni berkaitan tajuk kat atas yg selalu disebut2 oleh rakan2 serumah(Baitul Iman)...."AIDS"....Mari berusaha ke arah ini.....

Ciri-ciri penting Daie':

1. Sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskan niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan , segala urusan akan runtuh dan musnah.tiada makna kita membawa dakwah ini.

2.Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yg dipikul. memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tugas yang dipikul merasai ganjaran yg tidak ternilai bakal menanti diri.

3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan),memberi tunjuk ajar,dan menasihati dengan baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.

4. Ramah mesra, mempermudahkan urusan, memiliki akhlak yang baik.Sabar,lembut,tidak cepat marah. mengharapkan balasan disisi Allah hasil dari rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah.Mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w.

5.Memahami selok belok cara hidup budaya masyarakat setempat yang dia berkecimpung di dalamnya.Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku didalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam madu' yang didakwahnya.

6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasullullah s.a.w. dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan.Sebagai penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi.

7.Menghafaz Al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran mempunyai kesan besar dalam jiwa.

8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan , unsur akal (kefahamn dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.


p/s; Semoga sentiasa berusaha ke arah ini...Ingatlah, kita hanya disuruh beramal dan natijahnya terserah kepada Allah.

Sumber : DAKWAH FARDHIAH (Mustapha Masyhur)



Saturday, December 19, 2009

Hijrah itu...

Just nak berkongsi ssesuatu yg baru saya dapat...



Kita harus yakin dengan ape yg kita percaya.Dan dengan keyakinan itu, kita bergerak bekerja untuk mencapai apa yg kita percaya.


Boleh direlatekan dengan peristiwa sULTAN MUHAMMAD AL-FATEH yg berjaya menawan kota Konstantinopel...

Friday, December 4, 2009

Syukur Alhamdulillah...

Ketika ini..hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku sebagai hamba-Mu yang lemah ini...atas nikmat Mu yang tak terhingga Ya Allah..

"Ya Allah, Engkau adalah Tuhan, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku hamba-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang akan mengampunkan dosa-dosa, kecuali Engkau".

Tuesday, December 1, 2009

erti tawakkal kepada kami..

Alhamdulillah ...aidiadha berlalu dengan begitu menariknya..wlpn hari 1st dihabeskan dgn window shopping kat Tesco, 2nd dan 3rd day kenduri di Kedah dan Perlis.

Cari masa nak tulis blog and idea..syg plak kalo simpan ilham kat kepala je..

Berbalik kepada tajuk, nak ditakdirkan Allah, perjalanan balik ke Taiping pada hari ahad petang tu terjadinya tragedi. Saya n keluarga stay kat rumah pak tam di taman Muhibah Alor Star dr kul 10pg hingga 4.30 ptg, maklumlah..sedara rapat, kna la tolong macam2.. tu pun rushing nak blk sbb malmnye nak naik bas ke Skudai jam 10.30mlm.

Perjalanan sesak sgt2..maklumlah ramai nak balik semula ke KL sbb sok nak keje.Mula je dari tol Alor Star utara, sangkut2 nak gerak..Kat area Sungai Petani, 2 tempat kemalangan.Kemalangan sebab tak sabar sngt. Berlumba-lumbadan lalu lorong kecemasan..Sampai je dekat2 dengan Bukit Merah tu, Bang chik dan mak ckp; bau minyak..Mula2 sy wat tak tau je..ingatkan ape..Tetiba abah stop kan kete kat depan skit dr RnR. abah buka bahagian depan kete, pastu trus matikan enjin. minyak melimpah, sbb saluran paip tu terbuka. Kete abah ni, kete lama..dah lebih 10 thn , (seingtnye; abah start pakai kete ni masa sy kat sekolah Taayah).Akibat jam, brek tak henti2...kete jadi tak stabil.Kami mengucapkan syukur kerana Allah masih memanjangkan usia kami.Kalo tak kereta tu boleh terbakar..dan penumpangnye...Wallahua'lam.

Abah dan abang cuba betulkan saluran paip tu, tapi tak boleh, abah kate barang tak cukup. kitaorg kna balik taping cepat.Jam dah 7 lbh.Kalo tak, tak dapat la sy balik Skudai. Kitorg kol bangchak yg on the way blk dr Perlis.Malangnye, dia dok tersangkut kat sungai petani, lambat nak tunggu. Abah kol jiran kitorg,Pak Engku.Dlm masa yg sama biras bangchak yg on the way ke KL pun ckp nak tumpangkan jika diorg jumpa kami dlu.mane2 lah.So, abah decide, tinggal kete kat ctu, balik dlu, datang balik ngn kete bangchik masa nak antar sy ke bus stand nant.

Da kul 9 baru la sampai rumah.Terima kasih banyk kat Pak Engku dan anaknye. So, kelam kabut bersiap +makan mlm. Masa makan malam tu, Bang chaq telefon, katenya biras dia nampak ade org kat kete kitorg..Takut2 ade org nak mencuri or pecahkan kereta.Memangla dah takder barang berharga.Tapi itulah kereta keperluan abah nak bergerak dan balik kampung lagi ujung minggu ni.

Abah trus tak lalu makan.sbb risaukan kete.masa abah nak stop makan tu; saya dengar abah berkata dengan lembut sesuatu yg sy rasa syahdu la jugak; (sbb abah ni perwatakannye garang)
'Takpela,kita TAWAKKAL je kpd Allah, kalo nak jadi ape pun kat kereta tu, semua kuasa Allah, bENda2 ni pun milik Allah"...dalam hati sy; tenang dan terbayang insyaAllah kete tu ok.Macam yg kite sering ingat ayat Seribu dinar (At-Talaq:3)

"Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akn mencukupkan keperluannya"


So, kul 10mlm abah trus hantar sy kat bus stand Kamunting. Takde saper la nak tunggu sampai naik bas. Abah dan bangchik bawak peralatan. Abah keje workshop tentera, so pandai la repair2..cuma tadi alat tak ckp rasenya. Masa naik bas, saya berdoa semoga Abah, bangchik dan kete selamat. Bahaya jugak malam2 ni. Alhamdulillah kul 12 mlm, Bangchaq sms bgtau yang semuanya selamat.Kereta tak perlu hantar repair sebab abah dah settlekan. Alhamdulillah atas segala rahmat-Mu Ya Allah!

So, IA kna usahakan next year abah dapat tukar kereta mcm yang abah harapkan. Takpe saya tak de kereta, yang penting abah mudah dan selamat nak ke mana-mana dengan mak.Especially, kalo nak balik Kedah.Bukannye dekat..

Coretan mlm..(sambil2 mencari mood writing)