Tariq bin Ziyad…(670M-720M/75H-125H)
Di era kegemilangan Bani Umayyah
Penakluk Andalusia...
Sehebat gelaran...Bermula dari budak suruhan kepada Musa Bin Nusair(Ketua negara Afrika).Walaupun terdapat orang yang mempersoalkan mengapa Tariq dipilih sebagai ketua Panglima perang,namun jawapannye jelas oleh Musa Bin Nusair.
” Saya sudah lama mengenali Tariq Bin Ziyad.Tambahan pula dia asalnya budak suruhan saya.Walaupun dia bukan keturunan Arab, tetapi dia mempunyai sifat pahlawan.Semangatnya kuat,otaknya pintar dan dia mempunyai bakat pemimpin.Oleh itu saya memberi kepercayaan kepadanya.”
” Saya berpendapat Tariq Bin Ziyad memang sesuai dengan tugas yang berat ini.Dia kuat beribadah dan tinggi kefahaman agama. Dia juga yang jujur dan amanah. Paling penting, tegas dan berani.’ Sokong Umair pula.
Penaklukan ke Andalusia tercetus apabila puak Barber dari Maghribi yang bertandang ke Afrika membawa kabar berita bahawa Andalusia diperintah dengan kejam oleh Raja Roderiga . Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Panglima Julian (salah seorang gabenor Andalusia) bertandang ke Afrika untuk meminta bantuan Musa Bin Nusair. Kerana ingin membalas dendam atas kematian keluarganya disebabkan Roderiga. Pada mulanya tujuan penghantaran pasukan tentera Islam adalah bagi meninjau keadaan tempat dan kekuatan musuh sebagai persediaan menunggu pasukan tentera kedua yang dipimpin sendiri oleh Musa Bin Nusair.
Dengan menaiki 12 buah kapal perang(yang diberikan oleh pihak Julian) bersama 12 ribu orang tentera, maka perjalanan jihad ke Andalusia bermula.Untuk membebaskan rakyat Andalusia dari kekejaman, dan paling utama adalah untuk membawa cahaya tauhid.
Atas kebijaksanaan strategi Tariq Bin Ziyad, maka Islam mencapai kemenangan.Strategi tersebut adalah dengan membakar 12 kapal perang milik mereka bagi menaikkan semangat jihad tentera Islam.
” Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, kemanakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran”(Tariq Bin Ziyad). Sewaktu melafazkan kata-kata ini,beliau mengumpukan tenteranya di sebuah bukit yang diberi nama Jabal Tariq.
Maka dengan kuasa Allah,pada 19 Julai 711 Masihi, 12ribu tentera Islam berjaya mengalahkan 100 ribu orang tentera Roderiga. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kcil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun semangat jihad mereka yang yang berkobar-kobar memberi pukulan hebat kepada tentera musuh.Akhirnya tentera Gotik kalah dan Raja Roderiga sendiri mati lemas.
Kekalahan itu memalukan Panglima Gotik. Dia yang diangkat sebagai raja oleh konco-konco materialistiknya,cuba mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam daripada tanah air mereka. Tentera Islam bertambah kuat dengan kedatangan tentera Islam yang dipimpin oleh Musa Bin Nusair (dtg dr Afrika).
Tentera Islam menang dalam pertempuran hebat di Ecija melawan tentera Gotik. Namun Tariq Bin Ziyad belum berpuashati dengan kemenangan itu.Dengan persetujuan Musa Bin Nusair,tentera Islam dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu Kardoba, Malaga, Granada dan Toledo.Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah tanpa pertempuran sengit. Tariq bin Ziyad pernah memikirkan tentang penaklukan seterusnya. Antara dialog menarik beliau dengan Musa Bin Nusair ketika itu adalah ’Masa depan diri sendiri,kita merancangnya,masa hadapan agama Islam,kita yang menyebarkannya.’
Antara rahsia kejayaan Tariq dan tenteranya adalah semangat jihad yang tinggi semata-mata kerana Allah. Mereka juga berperang mengikut cara Rasulullah yakni bukanlah menggunakan kekerasan,tetapi mengajak kepada perdamaian dan mempamerkan keindahan dan kemuliaan Islam sebagai agama sejagat.
Bagaimanapun, akibat ketamakan dan kelalaian serta kealpaan Khalifah Islam pada ketika itu; (Yazid Abdul Malik) yang telah diperdayakan oleh Raja-Raja Eropah.Raja-raja itu kononnya memberi hadiah kepada khalifah untuk perdamaian .Tetapi sebenarnya mereka bimbang Tariq dan tenteranya melancarkan serangan ke Eropah.(Mudahnya harta dan wanita melalaikan seorang khalifah.)
Di saat Tariq bersama tenteranya bersiap untuk menakluki negara-negara Eropah, utusan dari Khalifah tiba untuk memanggil Tariq pulang ke Damsyik.
Sebelum berangkat ke Damsyik menaiki kapal, Tariq sempat berpesan, ” Selamat Tinggal sahabat-sahabatku, teruskan berjihad di jalan Allah. Sebarkan Islam ke seluruh dunia.”
Dan sewaktu dalam perjalanan, beliau melihat Jabal Tariq dengan perasaan penuh sayu. Air matanya bergenang kerana dapat merasakan itulah kali terakhir beliau melihat bukit itu. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas tiba di Damsyik.
Dapatkah kita mengulang kembali Sejarah Kegemilangan seperti ini???
sumber : (tariq bin ziyad-abdul latip talib)