Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, April 27, 2009

PESTA BUKU 2009


4 buah buku ~~RM75
Nie tandatangan special dlm buku ATN2 yang dibeli (jenuh beratur)

Inilah buku-buku yang ana beli untuk diri sendiri semasa pesta buku baru-baru nie. Secara kebetulan ter'pergi’ 2 kali iaitu 19April dan 25 April.

Ekonomi diri sangat tak mengizinkan ,ni je yang mampu. Semoga dapat memberi manfaat pada diri.

Selain beli buku-buku ni, ade gak tolong beli buku untuk kawan-kawan dan adek-adek usrah.Sekadar yang termampu nak bawak dan termampu nak dahulukan duit. Buku ATN 2 tu mula-mula tak berhajat pun nak beli(ingat nak pinjam je dari shbt),tapi terjumpa plak penulisnya,rugi kalo tak beli.dapat tandatangan n jumpa 'life'. Buku novel tokoh pejuang Islam macam yang 'khalid' (Keluaran PTS)ni memang dapat sambutan hangat. Bagus untuk remaja sekarang nak dibandingkan jika sibukkan diri baca novel cinta yang 'menyulam,memintal perasaan' tu. Dan bagi ana yang tak minat sangat baca sejarah(sejak sekolah),novel ni lebih fleksibel. Beli satu tokoh,nanti tukar-tukar dengan kawan-kawan.

Alhamdulillah banyak betul kedai-kedai buku islamik di KLIBF 09.Nampak jugak di tempat kejadian ramai sekali orang yang berfikrah. Apapun, kenangan yang best dan menarik di Pesta Buku 2009(wlpn sebenarnya tempat paling tak suka adalah tempat yg terlalu ramai orang).