Wednesday, August 3, 2011

Catatan Sebuah Kembara.....


sesi bergmbar cucms-utm di depan Kompleks IKRAM johor

Booklet Jaulah kami

Majalah yg kami dapat hasil kerja ahli Muslim Society University Nanyang ,Singapura

Cenderahati untuk kami dari IKRAM Johor

Salam...

Sekadar perkongsian sekitar jaulah yg sngt best yang baru selesai. Alhamdulillah, dengan pertolongan ALLAH dan rahmat kasih sayang-Nya, maka jaulah yg dirancang dalam masa amat singkat ni akhirnye menjadi kenyataan.Seramai 10 orang akhawat dan 8 orng ikhwah dari CUCMS terlibat dalam jaulah ini.

Perjalanan kami bermula dari pejabat IKRAM Putrajaya selepas solat magrib + isyak jamak'.Sebelumnya, Pakcik Saidi memberikan taujih yang sungguh bermakna kepada kami. Antara point yg penting untuk dibawa sebagai bekalan adalah; berjalanlah, melihatlah, serta mentafsir lah sepanjang jaulah terutama di Singapura.Bagaimana umat Islam di sana membawa misi mereka?, ape view masyarakat di sana ?, ape berita terkini di sana?..manfaatkan jaulah untuk kepentingan dakwah di CUCMS kelak

Perjalanan melalui lebuh raya tidaklah menyukarkan.sehingga ke skudai..dalam pukul 11 lbh.Berhenti untuk dinner di R&R Seremban. Perjalanan di teruskan ke Singapura dengan jayanya tp banyak masa drag disini kerana urusan2 imegresen dan pembelian autopass.akhirnye kami tiba di Kompleks Islam Singapura lebih kurang jam 4.15 pagi.Perjalanan ke kompleks dibantu oleh 2 orng ikhwah yg siap menunggu di Woodlands. Setibanya di Masjid Muhajirin,' agak konfius apsal cantik sngt'?, ni kondo mewah ke ape?'...tp tk sempat dah nk fikir panjang, agak keletihan dan perlukan sedikit rehat kerana banyak lagi agenda kami hari sabtu 30 Julai 2011.

Masjid Muhajirin ni,3 tingkat terletak dalam kompleks Islam. Turut bersambung dengan madrasah dan MAIS (Majlis Agama Islam Singapura).Kompleks ni dibina hasil sumbangan dan perkongsian Masyarakat muslim disitu.Masjid yg sangat bersih, toilet macam hotel.Takde sampah/habuk..sentiasa dicuci, diselia.

Selepas solat subuh, kami akhawat membaca Mathurat bersama.Walaupun ade yang tersengguk sengguk, tp saling cuba bertahan kerana nikmat beramal bersama adalah suatu keindahan. Seterusnya ada antara kami yg menyampaikan tazkirah berkenaan virus-virus ukhuwah iaitu 'Tidak santun dalam berbicara'.Dalam bersahabat, kite perlu menjaga adab2 yg mne antaranya, tidak memotong cakap shbt, tidak bergurau berlebihan, bercakap kasar.

Seterusnya, kami bersarapan pagi: menu:lontong Singapura. Keberadaan kami pagi ni bersama 1 orng ikhwah dan 1 akhawat Singapura,memandangkan yg lain perlu hadir ke program2 lain.Namun layanan mereka cukup tiptop.Kite tidak saling mengenali, tp mcm dah lama kenal..Sesi pagi, yg sepatutnya perkongsian kampus,namun bertukar kepada gerakan dakwah PEMUDA di Singapura.Kami bertaa'ruf terlebih dahulu dan kemudian sesi pembentangan dari ikhwah singapura dan soal jawab.Overall, dakwah di Singapura sangat mencabar, tiada 1 platform yang nyata.semua tidak mudah untuk ditransparent.manhaj pun mcm2 namun mereka masih mampu merekrut ikhwah dan akhawat.Mereka bernaung / mendapat bantuan dari IKRAM Johor buat masa ni. Kerajaan singapura mengamalkan sekular, namun tidaklah menghalang praktik agama Islam.Tapi mereka sentiasa dipantau oleh Majlis Agama Islam Singapura.Dalam sistem pendidikan mereka juga tiada diselitkan pengajian agama Islam kecuali bagi anak2 yg mengikuti pengajian di Madrasah swasta.Jadi, bagi mendapatkan pengajian/ pengetahuan agama Islam, setiap hujung minggu mereka akan hadir ke kelas agama anjuran masjid2.So, ikh/akh mengambil platform masjid dan bbrp nama NGO untuk mengambil peranan. Menurut Akh Khairudin, kelas agama mereka bukan seperti biasa, bukak kitab n so on, tetapi perlulah dlm bentuk seminar, bengkel yg menyelesaikan masalah dan lebih professional.praktikal base.Dan mereka di sini sngt perlu menguasai Bahasa Inggeris kerana itu medium utama dan kna up kan supaya dpt sampaikan bahan2 tarbiyah dalam BI.

Untuk dakwah kampus, mereka perlu menyelinap masuk, samada sebagai ex-student IPT tersebut ataupun melalui kelab2 Islamik yg berjaya ditubuhkan(transparent)..kemudian barulah dibentuk usrah, dicari anasir taghyir dan seterusnya barisan2 pelapis dakwah yang berterusan.

Selepas makan tengahari yg agak grand, booster dakwah kami diperancakkan lagi dengan taujih dari Syuyukh; Ustaz Hadi yang memperkatakan tentang jalan dakwah.Panjangnya, perlukan kesabaran, kesungguhan, tk pernah menyerah kalah dan memanfaatkan setiap ruang dan setiap orang yang kita jumpa untuk dakwah.Ketahanan dan stamina amat perlu. Yakin dengan janji2 ALLAH. Masa seakan cemburu, kerana peerancangan kami untuk berjalan di Singapura dan berbincang dakwah nusantara terpaksa dicancelkan. Sebaliknya kami dibawa ke sebuah kwsan kampung yang mana sedang berlangsungnya aktivi oleh NTUMS -( Nanyang Technology University-Muslim Society)

Mereka sedang mengadakan 1 majlis meraikan AJK2 dan ahli kelab ( ini merupakan salah 1 wadah umum university yg ikh kite berjaya masuk,untuk dapat madu')..Paling menarik apbila mereka hampir kesemuanya sangat gembira dan peramah sekali wlpn kedatangan kami ke program mereka sangat mengejut.tanpa dirancang.. kami mendengar dan melihat bagaimana mereka mengendalikan majlis. Ape yang pasti, setiap dari mereka ade menampilkan ciri2 mukmin professional yg menguasai bbrp softskills penting(wlpn mungkin dari satu sudut yg ketara, mereka kurang menjaga ikhtilat)...mereka berjaya menonjolkan kelab mereka di kalangan pelajar NTU yg bukan majoriti Islam. Contoh2 program yg mereka lakukan amatlah sesuai sebagai tajmi' dan kelihatan santai dan dekat dengan generasi masa kini.

Kami tk sempat pun nak join barbeque bersama mereka kerana perlu segera bertolak ke johor memandangkan sudah pukul 6 ptg lebih. Setelah bergambar dan bersembang panjang, kami bergerak pulang.Memori singkat di Singapura amat manis dan berharga.Paling tk dilupakn motto hebat NTUMS -'Towards the development of mu'min personalities, leading society towards mardhatillah'.


Perjalanan kami juga diwarnai dengan sessi2 berukhuwwah di dalam kereta.mengambil peluang untuk saling mengenali sesama akhawat. Dan juga kami diberikan booklet yg terkandung bberap nota berkenaan ukhuwah,Sejarah islam Nusantara,tentatif dan lain2. Antara task wajib kami adelah membaca dan menghafal 1 hadis dan ayat AQ yg diberikan berkenaan istiqamah dan perlu menghabiskan 1juzuk ke -29. Alhmdulillah, semua berjaya melaksanakannya..Ini amat penting supaya Jaulah ini diisi dengan amal berharga, dan tiada masa sia2. Jaulah Tarbawi kan..

Pada malam 30 hb, Sabtu, jalan sngt sesak keluar dari Singapura untuk ke Johor. Selama hampir 2 jam didalam kereta.Dan ade juga 1 kereta dari rombongan kami ini ditahan kerana telah masuk ke Singapura tanpa autopass.Mujurlah hanya didenda.Seterusnya kami ke Pejabat IKRAM Johor yg tk sempat saya tgk sebelum ni krn telah berpindah ke Bangi.Kompleks besar ni terletak di Tman Universiti Skudai. Ikh/akh johor yg baru sahaja selesai progrm mereka pada ptgnye menyambut kami yang sampai lambat ni, dengan begitu baik wlpn mereka dan kami juga agak penat.Setelah solat dan makan malam, kami ke sesi dakwah kampus yg ikh sesama ikh dan akh sesama akh selama sejam lebih.gerakan dan penyusunan dakwah kampus masing2 dibincangkan. Walaupun CUCMS lebih kepada kampus untuk budak medic yg agak sibuk, namun atas paksi dan misi yang sama , pelbagai perkara boley dikongsi.Ape jenis program?bagaimana menarik madu'?bagaimana bawa usrah?ape wadah yg ada?(antara sharing kami)Memandangkan kami yg dari singapura agak keletihan, sesi ditamatkan sebelum pukul 12 mlm.


Keesokan pagi, seawal 5 pg, kami bangun dan qiam masing2 sblm solat berjemaah subuh dan baca mathurat.Dan di pagi2 hari, kami menerima pengisian tazkirah berkenaan bagaimana untuk thabat di jalan dakwah ini oleh Makcik Mahayati.Antara point penting yg membantu untuk thabat dan kekuatan kite berada di Jalan Dakwah ini adalah apabila kita 1) mempunyai wawasan jelas knape kita berada di jalan ini 2)membangun mental dan keteguhan peribadi 3)amal jamai' 4) total action bersungguh-sungguh.

Selepas menikmati bihun goreng, kami ke games ukhuwah yaitu riadah ikh sesama ikhwah bermain bola tampar di K9,utm manakala akhwat bermain bola jaring di KRP,UTM.Sangat best bermain sambil gurau senda,gelak ketawa dan berukhuwwah, seperti sudah lama berkenalan.

Akhirnya kami bergerak meningglkn taman universiti,johor setelah majlis penutup dan sesi bergambar pada pukul 1 ptg lbh. Dan last checkpoint persinggahan kami adalah Masjid Sultan Abu Bakar Johor.Kami bersolat Jamak zuhur asar dan kemudian berkumpul untuk resolusi dan rasional keseluruhan. Alhamdulillah, banyak sangat input yg setiap seorang dpt, yg mne perlu bergerak laju di CUCMS selepas ni.Perlu memanfaatkan semaksima mungkin keberadaan diri di jalan dakwah, usrah dan tarbiyah ini. Resolusi amal bersama sepanjang Ramadhan juga dibincngkan.Persetujuan kami bersama adalah sedekah :min RM1 per hari, Solat terawih setiap malm, qiyam setiap hari kalo boleh(setiap minggu 1 kali qiam jamai'e),min khatam: 1 kali di bulan ramadhan ni,muayasyah perlu berlaku dengan madu',adik2 baru..(hadir majlis iftar kolej setiap minggu)

Jaulah Tarbawi kami berakhir dengan sampainye kami ke Pejabat IKRAM Putrajaya di ambang Ramadhan, detik 1 ramadhan hampir dengan azan magrib. Dan walaupun penat, namun masing2 saling mengingtkn tentang terawih pada malamnye serta puasa pada esoknye.Moga keberkatan ramadhan mengiringi azam resolusi jaulah kami..Moga Jaulah ini dapat diteruskan lagi dan input2nye akan dpt dipraktikal..



p/s : tk pandai mengarang..namun harap anda dpt sesuatu dr sharing sy..mesti rase nak berjaulah kan..:D

Tuesday, June 14, 2011

Meniti Jalanan Berduri...

Alhamdulillah..kesempatan di malam hari, ilham untuk mengupdate blog ni..Secebis perkongsian dari gerabak memori ilmu yang disusuri...

Bicara meniti jalanan berduri yang menyebabkan kita berhati-hati , lebih dekat lagi adalah tentang taqwa...Bukan mudah tapi tidak payah untuk menjadi golongan muttaqin..

Takkan kita tidak mahu mengejar janji ALLAH bahawa mereka yang bertaqwa adalah yg mulia di sisi ALLAH dan diganjari syurga??. Banyak sangat ayat AQ yang menegaskan tentang taqwa ni..maka ALLAH dah bagi guidelinenya.

Bukanlah taqwa itu takut macam takut hantu , tetapi lebih kepada memelihara diri berdasarkan AQ dan Sunnah.Kerana kita ingin menjadi insan istimewa disisi ALLAH.
Bukan mudah nak develope, tapi jalanan menuju ketaqwaan jelas dalam AQ.Penting yg teramat untuk kita pelihara taqwa ini kerana ia sebenarnya mengisikan elemen jasad, akal dan ruh manusia. Bekalan dari taqwa itu sendiri yang akan comprehend dengan segala keperluan manusia.

Taqwa itu secara automatik menghantarkan kita sebagai manusia yang takutkan ALLAH (I'badurrahman)...yang juga sebagai titik kesempurnaan seorang hamba yang kerdil.
Taqwa itu sendiri akan mengembalikan kita izzah kepada Islam.

Justeru, saya especially nasihatkan diri sendiri dan kita untuk berhati-hati dalam setiap perjalanan hidup bagi memastikan KeTAQWAAN itu dapat dicapai...Moga ia menjadi suatu jihad dalam diri..Wallahua'lam..

Wednesday, June 8, 2011

more than words...

Assalamua'laikum...
dah lama tk update...terlalu banyak nk ditulis...
Moga nanti ada kesempatan...menulis untuk memberi makna:-)

-to be continued-

Saturday, April 16, 2011

Seerah...anda minat??


Assalamua'laikum..

Yeay..mood mengupdate tiba jugak akhirnya..Seerah a.k.a sejarah..Dulu-dulu memang tak minat,kalau orang lain senang-senang dapat A1 dalam SPM, tapi saya 'susah-susah' dapat A2.Seerah ini bukan sahaja penting as bahan bacaan semata-mata, tapi juga untuk dipraktikkan. Sirah Nabi Muhammad, bukan sekadar untuk tahu atau hafal untuk jawab periksa masa zaman sekolah, tapi untuk kite meresapkan ia masuk dalam hidup.Jangan hanya pandai sebut 'Rasullullah idolaku',tp tak tahu dan tk kenal pun siapa sebenarnya Rasullullah..

Sekarang,target saya adalah membaca buku 'Sirah sahabiyyah'..Setiap hari seorang tokoh sahabiyyah jela.Supaya sepenuhnya dihayati.IA.

Bercerita tentang seerah ni, saya bukanlah orang yang minat, kadang2 memang terpaksa baca sebab nak bincang dalam usrah.huhu..Tapi alhamdulillah akhirnya, Allah kurniakan minat 'betul' dan sendiri dari hati. Antara faktor2 nye..apabila dengar daurah2 ISK,MZ, SJ semua..mesti ade link dengan seerah kan.Pastu bila penyampai mention jer nama tertentu,mesti macam 'eh, tak pernah dengar, ataupun, eh macam pernah dengar tapi tak ingat la'...macam2 la..kadang2 malu jugak, macam dah lama dlm tarbiyah, tapi kisah sahabat banyak yang tak tahu. Sehingga sekali tu dapat dengar secara online kuliah pasal sahabat'anas bin malik' .Best sangat dengar orang tu cerita ,memang detail, memang di sebutkan jugak point2 kenapa perlu baca seerah..Kita nak cuba jadi macam sahabat-sahabat nabi, ibarat bintang di langit.

Dan iA dalam usrah dan menyampaikan daurah, kite boley selitkan 'kehebatan dan kekuatan' iman mereka untuk dicontohi.Sebab tu jugak saya beli buku 65 manusia langit, 2 jilid tabie'n (ni memang kna beli) dan sangat teruja nak beli masa Makcik Zah promote buku sirah sahabiyyah.Best tau baca dan feel macam baca novel or cerpen.Harap mudah la menghafal dan mengingat kisah2 tersebut.

Membaca kisah sahabiyyah ini...
Memang ternyata..mereka ibarat kuntuman bunga mewangi yang penting memainkan peranan
dalam mengembangkan Islam.Mereka bukan sahaja hebat dalam berperanan sebagai isteri,ibu dan anak..malah sebagai pejuang Islam di medan jihad dan medan dakwah.(menjadi tokoh-tokoh dalam bidang tertentu,hadith,fiqh,dsbgnya)

'Setiap sahabat wanita itu ibarat sekuntum bunga yang tumbuh di ladang Islam.Lalu,ketika awan berarak diatasnya dan menumpahkan hujan,bunga yang bersih dan sarat dengan nilai takwa itu terus tumbuh subur dengan pupuk yang diperoleh dari 2 sumber bersih iaitu Al-Quran dan As-Sunnah'-Muhammad Ali Misyhri