Friday, December 25, 2009

Abu Talhah Al-Ansari

Abu talhah telah berkahwin dengan Ummu Sulaim (wanita janda yang berbudi, cerdas, berfikiran matang dan memiliki sifat cukup sempurna.Melalui Ummu Sulaim; terdetik hatinya untuk memeluk Islam. Ramai kaum Muslimin yang mengulas pernikahan mereka; "Kami tidak pernah mendengar mas kahwin yang lebih mulia dari yang diminta oleh Ummu Sulaim.Dia menjadikan Islam sebagai mas kahwin pernikahannya"

Sejak dari itu Abu Talhah terus menyertai panji Islam.Dia mencurahkan seluruh kemampuannya untuk memperjuangkan Islam.Dia dan Ummu Sulaim termasuk dalam kelompok yg menyertai Perjanjian A'qabah pertama.

Kisahnya yang paling menarik adalah sewaktu Perang Uhud.Dia mempertahankan Rsulullah dengan sepenuh hatinya.
Kecintaan Abu Talhah kepada Rasullullah s.a.w. telah menguasai seluruh relung hatinya dan mengalir dalam setiap urat nadinya. Dia tidak pernah jemu memandang wajah baginda dan tidak pernah bosan mendengar kata-kata baginda yang indah.
Apabila kebetulan sedang berdua-duaan dengan Rasullullah s.a.w., dia merapatkan duduknya di depan baginda sambil berkata: " Aku rela nyawaku menggantikan nyawamu dan tubuhku menjadi perisai bagi tubuhmu".

Dia bukan sahaja dermawan mengorbankan nyawanya di medan jihad, tetapi juga dermawan mengeluarkan hartanya bila diperlukan oleh Islam.

Selama 30tahun setelah Rsullullah wafat, Abu Talhah sentiasa berpuasa kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa.

Usia Abu Talhah cukup panjang sehingga menjadi tua bangka.Pada ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan, Abu Talhah tetap menyiapkan diri untuk ikut berperang menyerang wilayah kepulauan tengah walaupun putera-puteranya menghalang. Semangatnya untuk menegakkan kalimah Allah di seluruh pelusuk bumi tidak pernah luntur.

Abu Talhah menjawab dengan mengatakan ayat firman Allah dalam Surah At-Taubah:41
"Pergilah berperang dalam keadaan senang mahupun susah"....

Dia turut ikut pergi berperang pada ketika itu.Namun,ajal menjemputnya ketika mengharungi laut di atas kapal bersama tentera Islam yang lain.

Dia dikebumikan jauh dari tanah airnya,keluarganya; namun dia tetap dekat dengan Allah.

No comments: