Friday, May 22, 2009

berFikir Sejenak....



Salam..
Sebenarnye tak tahu la nak tulis ape..cuma rasa nak menulis..
erm, teringat Suatu taujih dari naqibah..Tentang hawa nafsu..Antara materialisme dan iman (rentetan 1 buku; tentang Surah Al-Kahfi tajuk; antara iman dan materialisme)...Sejauhmana diri sendiri sebagai murobbiyah cuba implemen pengisian ni dalam diri.Dlm tak sedar n sedar, pertimbangan kita dlm sesuatu perkara...(kita bukan refer syariat Allah, tapi mencari alasan yang pelbagai) untuk mengikut hawa nafsu...Sayyid Qutb sendiri menulis dalam Tafsir Zilal mengikut method dakwah dan menekankan dengan jelas dan pasti bahawa tiada jalan tengah antara Syariat Allah atau hawa nafsu. Sebagai pendokong dakwah...jgn sesekali condong kepada hawa nafsuz(ingatan keras untuk diri sendiri)..Kita kena yakin kerana kita sendiri nak tegakkan syariat ALLAH. Hawa nafsu wujud dalam pelbagai bentuk ...(sehingga mungkin kita membandingkan kurniaan Allah terhadap kawan-kawan kita) dan kita cuba mengejar kecukupan dunia.(rumah,pangkat,harta,kecantikan,kereta dsb...).(tapi kita tak sedar)

aNtara perasan /tidak ..nikmat Allah itu adalah 1 bentuk ujian..

mCM ayat dalam Filem Sang Murobbi :" Monyet ats pokok tak terjatuh sbb pegang kuat2 bila orang goncangkan pokok, tapi bila datang angin sepoi2x bahasa bertiup, monyet pun jatuh sebab tertidur..)-ni versi terjemahan Bahasa sendiri.

Hawa nafsu tidak dapat dimatikan dinyatakan dlm AQ (Al-Jathiyah:18,23)..Namun harus sentiasa dibendung mengikut landasan Syariat Allah..

YA ALLAH...TEGUHKANLAH IMAN HAMBA-MU ini..........

p/s : Jangan Biar Allah bentangkan dunia kepada kita

Monday, May 18, 2009

Refleksi Ekspedisi Remaja Kental 2009 (X-Rek 09)



8 Mei 2009
Bermula dengan sesi taa’ruf di sekitar tasik UTM kira-kira jam 9.00pagi. Kitorang terpaksa main kat tempat sempit bawah bumbung sebab hujan lebat.Matlamat utama adalah untuk mencetuskan semangat bangsa muslim melaui permainan ‘PETA’.masing-masing tunjuk bakat berbahasa dan ber’acting’ cam orang Negara tersebut (contoh; Negara China, Arab,Jepun,Australia,Thailand). Selepas itu, peserta diminta untuk alert dengan arahan fasi. (taa’ruf keseluruhan-pelbagai ciri dipanggil;baju sama,fakulti sama etc…).Dan last sekali peserta diberi arahan (“sila ke depan mereka yang satu bangsa?”)..peserta jadi keliru siapa yang nak ke depan…at last, fasi trus rasionalkan..(“Kita semua 1 bangsa-bangsa muslim,persaudaraan 1 aqidah yang sama tanpa mengira asal negara). Dan selepas itu, kami main “Duit-Duit”..Setiap peserta diberi nilai duit yang berbeza,kemudian dimintak berkumpul ikut nilai duit tertentu(fasi yang tentukan).Rasional; setiap orang saling tampung menampung-tak kira yang lemah / hebat..jangan berbangga dengan kelebihan,kita masih memerlukan orang yang dibawah). Kemudian peserta terus bergegas naik bas. Ikut tentatif-bertolak ke Mersing jam 11.00 pagi.
Sebaik sahaja tiba di Mersing (agak lewat-hampir pukul 4 petang). Perjalanan games bermula, games Tressure Hunt –(focus on Ghuzwatul Fikr).Tak dapat nak ulas lebih-lebih lagi (tak de di tempat kejadian)

Malam
Tayangan slot Qadhayal Ummah (Permasalahan Umat).Disambung dengan sesi debat (peserta campur group ikh dan akh). Setiap group diberi tajuk/sistem dari sistem2 penyelesaian terhadap masalah umat. Antara sistem tersebut adalah (sistem politik,sistem masyarakat,sistem kewangan, sistem jihad,sistem kefahaman). Sepatutnya setiap group pertahankan setiap tajuk masing-masing (tak kira mcm ne)..sebab ini adalah debat. Tapi peserta tak faham, tak jelas,jadinya tak menjadi sangat. Dan at last fasi concludekan semua peserta setuju bahawa sistem jihad adalah yang terbaik dan menjadi pilihan (akan dilaksanakan esok).

9 Mei 2009
Seperti biasa qiamullail, solat subuh jemaah, baca Al-Mathurat. Kemudian tazkirah subuh tentang kisah salah seorang tokoh pejuang Palestin iaitu Abdullah Azam. Banyak pengajaran yang boleh diambil seperti pengorbanannya,zuhud dan ketabahan dalam perjuangan untuk Palestin. Semangat para jundi ditingkatkan/disemarakkan dengan nyanyian lagu tema Mars Kepanduan dan Merah Saga. Seterusnya , game utama-Trecking-Perjalanan ‘jundi-jundi’ dari Malaysia ke Palestin. Ana jaga puncak bukit. Sementara tunggu peserta, sempat la bergambar, tadabbur Al-Quran n bincang-bincang skit isu Palestin( untuk tanya peserta selain provoke diorang turun semula). Ade je group yang sejak dari mula sesat. N after fasi ikut group diorang , sesat jugak. Terpaksa lalu jalan lain yang ikhwah jumpa. Asalkan tak terperangkap dalam hutan, sudah. Trecking yang memenatkan ..sebab memang bukan jenis orang lasak la katakan…(tapi best dan bermakna) tamat pada jam 5.30 petang.

ni gambar-gambar cun yang dapat di snap...







Selepas makan , sesi presentation senjata ciptaan setiap group.Group akhwat memang tak disangka-sangka , hebat. Ada yang buat 3 senjata, dan senjata mereka pun mampu melancarkan bom ke jarak yang agak jauh). Syabas. Korang memang hebat (mengatasi ikhwah) walaupun sampai lambat dari trecking.



Selepas solat, taklimat War Games oleh Muhandis Al-Qasam (garang… oooo). Dan dalam masa yang sama fasi/qiyadah bertungkus lumus susun strategi dan membuat peluru/bom. Dan selepas itu berlakulah pertarungan Zionist menentang pejuang Palestin. Si Palestin terlalu menghayati semangat perjuangan (memang soul habes), tapi geng Zionist terlalu baik (penuh kelembutan…yeke??hehe). Untuk meleraikan ketegangan, kami melancarkan GENJATAN SENJATA.Sebelum keadaan lebih parah. Segalanya dirasionalkan segera mungkin. Slot disambung dengan muhasabah kematian pejuang Palestin (menghayati; sampai tertidur?)



10 Mei 2009
Qiamullail , solat subuh, bacaan Mathurat dan tazkirah subuh (tentang surah An-Nas dari Tafsir Fi Zilalil Quran). Senaman Ruhul Jadid-Nyanyian lagu tema-(Merah Saga dan Mars Kepanduan)…ikhwah sangat bersemangat. (Macam-macam gaya lah ) .
Breakfast yang sangat sedap, nasi lemak (akhwat memang dapat pujian, pandai sangat masak; nyum2x)
Kemudian diteruskan dengan Slot Terakhir (Perbahasan). Nak tengok feed-back peserta apa yang dapat dari program. Antara yang ditanya dari sudut peranan mahasiswa dalam isu Palestin , tentang boikot dan demonstrasi jalanan, serta semangat persaudaraan muslim. Alhamdulillah, peserta/masing-masing bersemangat memberi hujah yang mantap setelah bersungguh-sungguh berbincang. (short –term, long-term planning).presentation oleh setiap ahli group. Sesi soal jawab juga berjalan dengan begitu menarik dan lancar (semua berebut nak amik part). Dan akhirnya di hujung sesi, dirasionalkan terus oleh fasi.

Akhirnya, sesi muhasabah (Muhandis Al-Qasam ) yang handle. Macam-macam komen peserta . Majoriti seronok dan merasakan pentingnya program seperti ini diteruskan. Harapnya ruh jihad dan peduli tentang Palestin tak terhenti di sini sahaja.



Antara komen menarik;
-Kagum akhwat dapat naek gunung Arong , kitaorang jadi pelindung di belakang group akhwat, kalo-kalo sesat (Ni ikhwah cakap…)
-Kat cni belajar ckp ana, enti,enta(baru nak biasakan), ajaklah lagi orang macam saya
-Pengalaman War Games (respek kat Zionist sehingga tak sampai hati tengok Zionist jatuh,alih2 nyawa kena tarik)
-Fasi akhwat baek-baek, banyak beri nasihat
-Tali hijau begitu mengelirukan (tolong la cari warna laen ,next time: tali UTM???)
-Next time buat lagi program macam nie…lebih lasak (ala-ala mukhayyam askari ke??)
-akhwat masak sedap
Komen fasi;
-Peserta bagus, sangat bersemangat untuk setiap slot
-Management kurang skit (boleh perbaiki)
-Semua PIC slot da cuba yang terbaik.

Rasional overall;

Kita sebagai bangsa muslim seharusnya prihatin kerana masalah di Palestin adalah masalah umat Islam sedunia. Kita perlu mengambil segala langkah yang efektif dalam menangani isu ini. Antaranya pemantapan aqidah, meningkatkan semangat jihad. Pentingnya pembinaan individu muslim melalui usrah dalam mempaternkan /menghidupkan ruh jihad Palestin. Kerana dalam usrahlah peningkatan/pembinaan individu seharusnya berlaku. Pentingnya komited dan kefahaman dalam usrah.
Semoga dengan kefahaman yang melahirkan amal, kita dapat membantu mengatasi masalah ummah ini.
Dan kita peduli tentang semua muslim di seluruh dunia memandangkan kita mempunyai satu ikatan tali aqidah.Aqidah islamiyah. Semoga dengan ini ,pencetus terbentuknya Al-imanul A’miq, yang melahirkan At-Takwinul Daqiq dan seterusnya menghasilkan Al-A'mal Mutawassil.
Alhamdulillah, akhirnya catatan ini Berjaya disudahkan…memori yang begitu bermakna .Ditulis untuk diri sendiri melalui view mata hati sendiri. Wallahua’lam…

Friday, May 15, 2009

Erti Persahabatan Buat Diriku….




“Ujian …adalah tarbiyah dari Allah”
Indah ungkapan ini.Tapi bila berhadapan dengan reality sebenar dan masalah tersebut berulang, mendesak, dan men’down’kan …Aku rasa penat sangat kadang2x (dgn projek Master)...masalah balik2x sample, alat, pembantu lab..Btul lah kata mereka(org yg prnh amik Msc research sblm ni).Kebergantungan kepada Allah itu lah kunci utama kekuatan dan yang mempermudahkan segalanya. Tapi if benda tu tak proceed seperti yang diharapkan,memang dah jadi adat la.Tambahan yang research ni,semua tak pasti.

Point utama sebenarnya macam tajuk kat atas. Bila kesulitan, rasa lemah,putus asa, syaitan pun datang menyucuk-nyucuk . Rasa nak stop.rasa tak larat dah. Dan macam-macam lagi rasa datang.
Alhamdulilah bila ader teman-teman sentiasa mengingatkan, menceriakan dan mendoakan. Perasaan-perasaan tak sepatutnya tu hilang. Teman sefikrah bantu dengan nasihatnye.
Jazakumullahhu khairan kathira kepada semua sahabat-sahabat tersayang.Teruskan memberi nasihat dan mendokong di kala diri ini lemah.


Dan paling best teman-teman 1 lab, (rasenye,diorg tak pernah abaikan aku….aku je slaloo tak bersama diorg).Setiap kali down,diorang akan tolong sama-sama fikir,camner nak buat, pergi tengok alat yang rosak sama-sama, back-up if dr tanya. Tolong fikir kalo sample aku ade masalah..(sayang korang:mutia,musdalilah,aisyah,kak Sha)


Best sangat. Betapa besarnye nikmat ukhwah, persahabatan (Hablumminannas..) yang Allah kurniakan..

Sejauh mane aku bersyukur dengan nikmat-nikmat itu. Sejauh mane diri kuat menerima ketentuan-Mu Ya Allah…
Seharusnya aku sentiasa merefleks diri bahawa, apa jua yang terjadi pasti ada hikmahnya.Segala nikmat yang Engkau beri lebih banyak dan dibandingkan dengan ujian yang sedikit itu. Dan ayat dibawah ku cuba jadikan penguat diri. Kerana sesungguhnya Allah sangat dekat dengan hambanya ini.

2:186
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku , agar mereka memperoleh kebenaran.”

Dan ini cebisan email dari seorang sahabat/kakak yang sangat memahami….
Jzkk…..

Assalamualaikum,

su tabahkan hati..moga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah sentiasa bersama mu.

" Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabatku Suhailah Abdullah, permudahkan dia untuk siapkan makmal bagi projek peneylidikannya, lapangkan keresahan hatinya, tenangkan jiwanya, jadikanlah dia seorang yang tabah, pimpinlah dia untuk sentiasa sabar, Ya Allah Ya Razzaq, Engkau Maha Pengurnia Rezeki, mudahkanlah rezeki sahabatku ini. Janganlah Engkau biarkan dia keseorangan, berilah berita gembira untuknya, semoga kesusahan hari ini merupakan kesenangan hari esok untuknya. Ya Allah, makbulkanlah doaku. Amin..."

Wednesday, May 6, 2009

Kesibukan Melanda....

Salam..

tak sempat nak update blog

Semoga dipermudahkan segala urusan hidup nie..
Kalutnye rasa...