
'Kepunyaan Allahlah segala yang di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya,nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.Maka Allah mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu' (2:284)
Seseorang muslim pastinya tidak dapat lari dari dugaan,ujian dan liku-liku kehidupan.Bagi saudara-saudara seAqidah kita di Palestin, Bangladesh, Thailand,Indonesia dan kini kes di China, pastinya ujian itu menguji keimanan dan memberi 1 penyelesaian yang pasti iaitu sanngup mati syahid demi mempertahankan Agama Islam yang syumul ini.
Namun, realiti is realiti. Mungkin kata2 ini bakal diuji.Namun,jika tak disuarakan, pastinya ana rasa tak tenang.Masalah di sini...jika kita berfikir dan merenung dalam2 pastinya sanggup menepis dugaan yang bermain dengan hati itu(...paham2 jela)... Bagaimana sanggup kita ketepikan jalan Allah demi untuk dunia.Cinta yang fitrah itu seringkali menjadi fitnah. Mungkin ana tidak duduk ditempat mereka2 itu, namun pastinya ujian sedemikian pernah datang.Namun, nekad,tekad dan percaya dengan janji Allah, itulah sebagai bekal.

Bagi adek2 generasi baru yang sedang mencari-cari Jalan Lurus ini, ujian hati ini pastinya datang selalu.Tabahkan hatimu.Jangan biarkan manusia yang bukan milik kita itu menutup jalan kita mencari cinta Allah.Kemanisan iman bukan mudah didapati, namun nikmatnya amat membahagiakan.perlukan pengorbanan melepaskan keseronokan di dunia.Hak dan batil tidak boleh bercampur.Lihat sahaja bagaimana para sahabat dahulu sanggup menggadaikan nikmat dunia untuk mempertahankan iman.Sehingga ada yang terpaksa membunuh bapa sendiri (Abu Ubaidah Al-Jarrah-> peristiwa ini sehingga turun ayat terakhir surah AL-Mujadilah).
Jangan mencari cinta manusia,
Ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan dan tidak kekal.
Tapi carilah cinta Allah
Tiada penipuan,
Tidakkan pernah mengecewakan,
Itulah cinta abadi,
Cinta yang diredhai.
Yakinlah dengan janji Allah wahai adikku dan kawanku..
Aku juga perlukan dorongan dan sokongan dari kalian.untuk terus tegar lagi teguh di Jalan Dakwah ini dan dengan ujian seakan-akan ini.



