Thursday, February 4, 2010

Kita kadangkala tak perasan....

Salam...

Tercetus ilham untuk bukak semula blog..

Semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..Kerana Semuanya dlm genggamn-Nya..

Sangat ajaib teguran dari Allah melalui individu tertentu kepada saya..Sangat menghargainya.walaupun teguran tanpa kata2.. Pengalaman demi pengalaman especially yg pahit tu yang bakal mematangkan diri..Begitu juga mohon maaf kepada sesiapa yang saya tersalah tegur.Slalunya sbb Tak kna cara..

Bila sampai satu keadaan/tahap..gelombang unpredictable datang kepada saya..so, perlukan masa untuk baik pulih, program menaikkan graf iman dsbg.Mencari kembali diri..

Ujian demi ujian (tp sedikit jer sebenarnya) kadang2 membuatkan empunya diri terfikir,; sejauh mane saya dah usaha bersungguh2 dlm membawa dakwah,tarbiyah diri? sejauh mana hak2 anak usrah telah tertunai? sejauh mne kerja dan tanggungjawab "itu" dah terlaksana sebelum diri melangkah ke tempat lain(mungkinkah?? tkde jwpn lagi).Semoga diri trus bersabar meniti hari dan melaksanakan tugas sebagai khalifah dan a'bid..

"Jangan Ya ALLAH , Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau pada kadar yg lebih mudah dan senang"


Tuesday, January 19, 2010

Ketika Melalui Jalan Untuk Mendaki (edited)

Begitulah, jalan dakwah ini mengajarkan bahawa sebaiknya kita melihat kepada diri kita terlebih dahulu,melakukan prasangka baik kepada orang lain, sampai jelas suatu kebenaran itu benar dan kesalahan itu kesalahan..

Begitulah lemahnya seorang manusia yg pasti kdg2 menjadi satu tabiat menyalahkan orang lain atau lebih menilai org lain berbanding diri sendiri..Lebih banyak ingin menerima berbanding memberi.Fitrah ini bisa kita ubah atau perbaiki dengan melihat dan merenung segala nikmat Allah dari persepsi yg luas..Kadang2 kelemahan dan kekuatan ini saling melengkapi dan membantu apabila kita dalam satu organisasi..Kepelbagaian mencantikkan organisasi.

Dan berbalik kepada tajuk, sbg murabbi, pastinya kita mengharapkan kita mampu mendidik (tarbiyah) mutarabbi sebaik mungkin..kita harap dia jd itu..ini dan itu...Kadang2 terlintas..(kenape dia tk..?..dan macam2 lagi)

Tapi pernahkah kita nilai diri kita...Setinggi mana usaha kita?diri kita dengan Allah bagaimana?..mungkin kekhilafan kita menyebabkan ape yg kita cuba sampaikan tak terkesan pada diri mutarabbi..halaqah jadi rutin mingguan yang membosankan mutarabbi..tarbiyah yang tak terjelma dalam amal mereka. Adakah Mungkin kerana kita tak bersungguh-sungguh bawa halaqah??..mungkin kita tak prepare...dan pelbagai lagi kemungkinan..

Justeru, lihatlah kelemahan diri sblm melihat kelemahan org lain....apepun, lakukan anjakan paradigma dalam diri...Bawalah misi menegakkah kalimah ALLAH ni dengan bersungguh-sungguh.




"Bagaimana Jalan Dakwah Mengajarkan kami"-M.Lili Aulia + luahan rasa dr diri sendiri
Maaf sy tk pandai menulis...

Tuesday, January 12, 2010

Perbaikilah dirimu..-ADIEUX JAHILIYYAH

Seseorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya itu. Tidak terkintas dalam hatinya ketika melafazkan kalimah ’dua kalimah syahadah’ melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya.


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


ISLAM - Cara hidup, tunduk dan patuh dengan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarangNya

JAHILIYYAH - Al- hawa’ iaitu apa-apa selain islam

mengapa perlu tahu beza Islam/Jahiliyah

Supaya kita dapat mengamalkan apa-apa yang islam dan tinggakan sepenuhnya apa-apa yang jahiliyyah, buangkan segala rawasib (karat) jahiliyyah (SURAH MUHAMMAD 1-3)



akibat membuat kerja Islami (dakwah) tp tidak meninggalkan Jahiliyah

’Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan’ (61:2-3)



kena pilih salah satu, samaada Jahiliyah atau Islam

Bagaimana mahu mengubah hati dan fikiran manusia? Perubahan hati yg kita mahu, bukannya luaran. Buangkan segala jahiliyyah yg ada dalam diri, amalkan Islam sepenuhnya.

’ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu’ (2:208)



# Semoga kita berjaya mengucapkan SAYONARA JAHILIYYAH....

P/S : tgh nak hadam benda ni untuk diamalkan dan disampaikan..Semoga Allah permudahkan segala urusan...IKHLAS..IKHLAS..IKHLAS

Monday, January 4, 2010

from the different view..

Salam..post sebelum ni tersilap..dah ade idea, tp asyik lupa nak tulis..


kekadang saya rase orang tersalah faham ape yg kita maksudkan..samaada miscommunication ataupun bagi saya; cara kita melihat sesuatu perkara. Terutama bila medan maya menjadi penghubung komunikasi.

Ade orang boleh tulis macam2, respon macam2 bila di online tp bila 'face to face' senyap jer.ade orang tak suka 'online' suka direct terus bila bercakap. Ade orang mane2 pun boleh. Tapi kadang2 masalah timbul bila sesuatu dipandang dari side view lain , berbanding org yg mengutarakan benda itu(mcm abstrak jer ayat).Maksudnye, lain org, lain penafsiran yg diberikan. Namun , harapnye respon yang diberikan janganlah sampai melukakan hati orang yg mengutarakan sesuatu perkara.

Niat yg disalahtafsirkan. Mungkin sangka amal yg dibangga-banggakan...percakapan yg lebih dr perbuatan dsbg..Namun, if different view ni diutarakan, diselaraskan dengan baik, memang cantik sebenarnye...menghasilkan lingkungan amal bersama.
Apepun, selagi kita yakin dengan apa yg kita buat dan matlamatnya kerana Allah, go on. Tepis je semua benda2 'tak perlu' di sekeliling..

p/s;Apelah yg dikarutkan pagi-pagi ni:)

Akhawat UTM;

yaya jun dan srikandi abu bakar menulis bersama suci seputih salju yang menjadikan hidup ini suatu perjuangan dan merasai nikmatnya nurislam setelah bertahun pencarian akan makna hidup dalam perjalanan yang masih panjang kitakan seiring dan sejalan meniti colours of my life supaya menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan atau Tale of Z bagi seorang hamba kepada penciptaNya yang selalu cakna diri supaya kita dpt merealisasikan HIDUP INDAH BERSAMA ISLAM!