Thursday, January 20, 2011

akukah...??

Surah At-Taubah : 41-47

'Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui'

'Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh dari mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama ALLAH, 'Jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu' Mereka membinasakan diri sendiri, dan ALLAH mengetahui mereka benar2 orang yang berdusta.

'ALLAH memaafkanmu (Muhammad). Mengapa engkau memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (berhalangan) dan sebelum engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?

''Orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (tidak ikut) kepadamu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka. ALLAH mengetahui orang-orang yang bertaqwa'

'Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu (Muhammad),hanyalah orang-orang yg tidak beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, dan hati mereka ragu,kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguan.'

'Dan jika mereka mau berangkat , niscaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu,tetapi ALLAH tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu"

"Jika (mereka berangkat bersamamu), niscaya mereka tidak akan menambah(kekuatan)mu,malah hanya akan membuat kekacauan (di barisanmu); sedang di antara kamu ada orang-orang yg sangat suka mendengarkan (perkataan) mereka.ALLAH mengetahui orang-orang yang zalim'


Pernah tak terasa dengan ayat-ayat ini..Apabila satu masa kita tak dapat hadir program dengan alasan yang kita ciptakan sendiri.Ketahuilah bahawa mungkin kita adalah golongan dari seperti yang ALLAH maksudkan pada ayat di atas..ALLAH memang tak mahu kita turut serta..Kita memang tidak terpilih untuk mengikutinya padahal ia sangat manfaat untuk kita..Dusshhhh..sedihnya..apabila jadi golongan tidak terpilih ini.

ALLAH sangat-sangat berhak menolak kita dari golongan terpilih bila kita sendiri berat hati dan cipta alasan untuk ke program..Renung-renungkan...

Alasan memang banyak.Hendak seribu daya. Tak hendak, cukup dengan 1 dalih..

Sunday, January 16, 2011

Rumah Muslim@ BM


'ketika orang mempersulit apa yg dimudahkan ALLAH, mereka akhirnya benar2 mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya'


Yer...jom buat tajuk kontroversi skit..hmm post sebelum ni saya delete dlu, sbb nak tulis dengan lebih baik..
Sajer jer nak open session skit tentang tajuk di atas..(padahal tak layak pun,sbb masih di tangga 1).

Disebabkan adek2 ni bertanya masa nak isi borang bentuk rumah, so, boley la diskusi skit..(wlpn rumah akak tk siap2)

ade orang request orang lain sbb dia berani & takut terlepas kot , ade orang yang mempunyai banyak pilihan, berderet2 pelawaan 'taaruf'..tp terima semua n pilih satu akhirnya. ade orang, takde langsung saper2 tanya, dia lebih redha naqib/naqibah dia cari, sesaper jela dirasekan sesuai. tapi tk de jugak. Last2 dia diam jer..tiba2 dpt jemputan walimahnya,rupanya kahwin dengan yang tkde fikrah(dah jodoh ke??).ini pun ade kes lain la..bila 1 masa akhawat terpaksa mencari 'insan baik' untuk diikhwahkan (ingat senang ke??).Sentiasalah doa moga ape yng ALLAH takdirkan itu, yg terbaik dan kita sentiasa redha.

Apepun, persoalan besar ini, perlu dipandang dengan minda yag outstanding, mengapa perlu baitul muslim? (jangan main redah jer)
apbila memahaminya bahawa untuk dakwah dan menuju Ustaziyatul a'lam..untuk menyusuri jalan panjang dakwah ini dengan lebih baik..(+ lahirkan generasi soleh musleh seterusnya)..alhamdulillah..bukanlah kita mencari orang untuk menolong kita 'stand' kukuh dalam dakwah, tp kita mencari yang sama2 mensupport untuk terus berdiri, bukan sebelah pihak jer.
Tp still kna consider bbrp perkara yang fitrahnya as manusia (saya tak maksudkan fizikal, tp mungkin bbrp aspek yang diperlukan oleh family kedua-dua pihak)..bukan kahwin dengan individu sahaja, tp seluruh keluarganya.memerima seadanya orang asing itu dan keluarganya(kna guna orang asing,sbb kita tak bercintan-cintun pun dengan dia sebelum walimah)

apepun,bagi saya..part peribadi, ciri2 tu jangan lah terlalu tinggi kriterianya..lama2 kita bukan mencari calon untuk akhirat tp calon untuk dunia semata..Moga dia individu muslim yang sefikrah, se pandangan, se'misi' dan se 'visi'.Pandang diri sendiri dlu sebelum meletakkan syarat-syarat ideal untuk orang lain. Perbaiki diri untuk menjadi dan mendapat lebih baik.

Nasihat ; segerakan pernikahan apaila sampai masanya dan bertemu orangnya. Payah nak jaga hati (sbb syaitan tahap dewa suka ganggu orang2 mukmin ni). Tapi jika belum masanya, teruslah melayari kehidupan single ni dengan hati yang best (sbb masa kita lebih fleksible)..dan semoga baitul muslim yg dibina ; 1+1 =2 atau 1+1= 2,3,4....sampai infiniti...(jangan = 0 yer)



Thursday, January 13, 2011

tawakkal....

Semoga tawakkal terindah pada ALLAH sentiasa dipraktikkan dalam hidup..

Tuesday, January 11, 2011

Pelangi indah..


Pada suatu hari ade seorang budak perempuan comel dan cute berjalan -jalan bersama ibunya...ambil2 angin diluar rumah...tibe2 nampak pelangi yang indah....

Lalu budak ni pun bertanya kepada ibunya, 'ibu, knape pelangi tidak selalu ade? pelangi kan cantik tp tk selalu ade..

Ibunya pun menjawab ' ye sayang, memang pelangi tak selalu ade..hanya ade biasenya selepas hujan apabila terbias oleh matahari, masa tu kadang2 kite ingat matahari dah disembunyikan, rupanya ade pelangi indah yang muncul'

'Macam dalam hidup ini jugak...biasenya kita merungut/ memberontak apabila kita mahukan sesuatu, tapi rupanya ALLAH dah aturkan yang mungkin benda tu lambat sedikit atau Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.kena sabar skit je'-> sebab akhirnya pelangi indah akan muncul :)


Si budak perempuan comel hanya mengangguk dan cuba menghadam kata2 ibunya. Dalam hati (ibu memang pandai berkata-kata dan sentiasa ade sahaja mutiara kate2 dari ibu...saya nak jadi macam ibu...ibulah permata hati saya..wlpn ibu garang dan tegas kadang2, tp ibu lembut hati) ..Dan bagi si ibu pulak..cuma tersenyum memandang anaknye..Moga suatu hari kau akan lebih faham, bile kau menghadapinya...kerana ibu banyak sangat2 merasainya dalam hidup ini, tp alhamdulillah, akhirnya..ibu jugak dapat lihat pelangi indah ini..dan pelangi indah sekarang adalah kamu, si comel ibu ...dan abi kamu..(keluarga kita yang bahagia dilimpahi mawaddah wa rahmah)