InsyaAllah posting kali ni berkaitan tajuk kat atas yg selalu disebut2 oleh rakan2 serumah(Baitul Iman)...."AIDS"....Mari berusaha ke arah ini.....
Ciri-ciri penting Daie':
1. Sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskan niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan , segala urusan akan runtuh dan musnah.tiada makna kita membawa dakwah ini.
2.Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yg dipikul. memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tugas yang dipikul merasai ganjaran yg tidak ternilai bakal menanti diri.
3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan),memberi tunjuk ajar,dan menasihati dengan baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.
4. Ramah mesra, mempermudahkan urusan, memiliki akhlak yang baik.Sabar,lembut,tidak cepat marah. mengharapkan balasan disisi Allah hasil dari rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah.Mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w.
5.Memahami selok belok cara hidup budaya masyarakat setempat yang dia berkecimpung di dalamnya.Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku didalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam madu' yang didakwahnya.
6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasullullah s.a.w. dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan.Sebagai penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi.
7.Menghafaz Al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran mempunyai kesan besar dalam jiwa.
8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan , unsur akal (kefahamn dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
p/s; Semoga sentiasa berusaha ke arah ini...Ingatlah, kita hanya disuruh beramal dan natijahnya terserah kepada Allah.
Sumber : DAKWAH FARDHIAH (Mustapha Masyhur)