Monday, May 25, 2009

Khalid Al-Walid (584M- 642M)

Ana ingin berkongsi rentetan peristiwa menarik ( dr buku karangan Abdul Latip Talib) tentang Khalid Al-Walid. Novel ini Berjaya mengalirkan air mata…(if feel dengan hati,bukan akal semata-mata).Beliau yang asalnya adalah musyrik semasa perang Badar dan Uhud , memeluk Islam. Dilantik sebagai panglima Islam dan diberi gelaran pedang Allah. Beliau hidup dari zaman pemerintahan Rasullullah sehingga ke awal zaman pemerintahan Umar Al-Khattab.

Tentera Islam dibawah pemerintahan Khalid Al-Walid Berjaya menakluk kota Mekah, Rom dan Parsi. Kehebatan dan kegagahan beliau sering menggetarkan musuh –musuh Islam.
Antara kata-kata Khalid Al-Walid (yang amat bermakna) ;

‘Allah SWT mengutuskan kepada kami seorang rasul daripada bangsa kami , tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustakannya, tetapi Allah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasullullah SAW bagi memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Baginda menyatakan : Engkau adalah sebilah pedang daripada pedang Allah’.

Beliau juga pernah meminum racun (yang mampu membunuh) untuk mencabar dan membuktikan kepada orang kafir bahawa kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Beliau amat meyakini bahwa racun itu tidak memudaratkan tanpa izin dari Allah.Perkara tersebut amat menakutkan pihak musuh.

Apabila diberi amanah/tangunngjawab sebagai panglima. Beliau mengungkapkan
“ Tugas adalah amanah yang bukan untuk dibanggakan tetapi adalah tangungjawab yang bakal dipersoalkan diakhirat kelak”.

Antara peristiwa menyentuh hati (yang kebanyakan dari kita sedia tahu) adalah peristiwa penyerahan panji sebagai panglima dari Khalid Al-Walid kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah.Sewaktu Beliau bersiap sedia untuk memimpin pasukan tentera Islam memerangi Rom, datang seorang utusan dari Madinah. Yang membawa 3 perkhabaran kepadanya.Iaitu 1)Khalifah Abu Bakar telah meninggal dunia 2) Umar dilantik sebagai khalifah seterusnya 3)Beliau dipecat dari menjadi panglima.
Berita pertama mendatangkan sebak kepada Khalid,manakala berita kedua beliau mengucap syukur kerana yakin Umar dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Berita ketiga disambut dengan begitu tenang tanpa apa-apa perubahan pada riak wajahnya
“ Apa sahaja yang kita miliki di dunia ini hanya bersifat sementara . Kita mesti redha kerana semua yang terjadi adalah dengan izin Tuhan. Disebabkan itulah hati saya tidak marah atau sedih dengan keputusan Khalifah Umar.Tambahan pula beliau adalah seorang sahabat nabi yang dijamin masuk syurga”. Beliau menjawab tenang.

Sewaktu di penghujung hayat (kira-kira berumur 58 tahun), Khalid meminta izin ingin berhijrah kepada Khalifah Umar. Beliau diminta berhijrah jauh dari Mekah dan Madinah. Ini kerana ada penduduk Mekah dan Madinah memujanya dengan keterlaluan (kerana kejayaannya dalam setiap perang yang dipimpin). Beliau faham dengan keadaan tersebut lalu berhijrah membawa keluarganya ke Syiria. Di sana beliau menjalani kehidupan seperti biasa. Pada suatu hari beliau jatuh sakit. Ramai yang datang menziarahinya.

Antara kata-kata beliau ketika itu;
‘Selepas dilucutkan jawatan sebagai ketua panglima tentera Islam oleh Khalifah Umar, saya terus ikut berperang walaupun sebagai tentera biasa. Saya berperang kerana Allah.” Sungguh mulia kata-kata ini.

Bagaimanapun beliau sangat sedih kerana cita-citanya adalah mati syahid. Beliau sudah menyertai lebih 100 peperangan tetapi impiannya tidak tercapai. Beliau merintih sedih kerana walaupun setiap inci tubuhnya telah luka-luka tetapi beliau masih hidup. Beliau merasakan dirinya pengecut mati di atas katil. Beliau mempersoalkan kepada sahabatnya mengapa tidak beliau mati syahid. Sahabat yang hadir merasa sedih dan hiba. Tiba-tiba Abu Zanad berkata, “Saudara tidak boleh mati di medan perang dan tidak boleh tewas semasa bertarung dengan musuh. Ini kerana Nabi Muhammad telah mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan”. Khalid terdiam mendengar kata-kata itu tetapi tetap merasa sedih dan hiba. Beliau mengarahkan agar seluruh senjata-sentanya yang pernah digunakan semasa peperangan diwakafkan kepada tentera Islam. Akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir bersama impian yang tidak kesampaian.

Berita kematian ini sampai ke pengetahuan khalifah Umar. Beliau bersedih kerana merasakan tindakannya melucutkan jawatan Khalid adalah satu kesilapan. Beliau mahu menyerahkan semula jawatan itu tetapi tidak kesampaian. Umar merasakan tindakannya terlalu terburu-buru. Apabila ditanya mengapa jawatan Khalid dilucutkan, beliau mengatakan terdapat 2 perkara yang sering merisaukannya berkenaan Khalid. Yang pertama, dia tidak pernah kalah dalam peperangan sehingga ada yang mengatakan kemenangan itu disebabkan Khalid. Manakala perkara kedua pula, Khalid terlalu sasyangkan tenteranya sehingga apabila mendapat harta rampasan perang, beliau terus membahagikan harta itu kepada tenteranya tanpa berbincang dengan khalifah.
Pemergian Khalid Al-Walid diratapi oleh seluruh umat Islam.Khalifah Abu Bakar pernah berkata, tidak wanita lagi yang dapat melahirkan pahlawan seperti Khalid Al-Walid. Hanya dia mendapat gelaran pedang Allah.

Adi Bin Hatim juga memuji dengan kata-kata “ Pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar kepada umat Islam. Nama Khalid Al-Walid dapat mengalahkan musuh sebelum perang bermula”.

No comments: