Antara yang sedia kita maklum adalah Peristiwa perang Badar Al-Kubra.yang mana 313 orang Islam telah berjaya memerangi 1000 orang kafir Quraisy.Terjadinya peperangan ini setelah baginda Rasullullah Sallahua’laihi Wassalam mendapat tahu tentang ketibaan kafilah perniagaan Quraisy dari negeri Syam di bawah kelolaan Abu Sufyan Bin Harb melalui persisiran Kota Madinah. Baginda Rasullullah menyeru sekalian kaum muslimin mengorak langkah ,menyerang dengan tujuan merampas apa yang dibawa sebagai ganti kepada sebahagian harta yang mereka tinggalkan di Mekah dahulu.Ada yang bersemangat dan patuh manakala ada yang merasa berat dengan seruan tersebut.
Pihak Abu Sufyan pula telah merisik semasa di tengah jalan hendak ke Mekah gerak geri orang Islam di Madinah.Dia mendapat tahu tentang perancangan orang Islam untuk menyerang dan menawan unta-unta Kafilah.
Dia terus mengutus Dzamdazar Ibnu Amru dan Al-Ghaffari ke Mekah untuk memberitahu tentang perkara tersebut.Maka bersiap sedia lengkap angkatan tentera dari Quraisy untuk mengerang kaum Muslimin.Perkara ini tidak diketahui kaum muslimin.
Kafilah Abu sufyan berjaya melepas diri.Sebelum memutuskan untuk menentang tentera kafir Quraisy, Rasulullah telah bermusyawarah dengan sahabat untuk mengambil pendapat dan fikiran.Kaum muhajirin menyambut baik keazaman Rasullullah itu. Manakala dari pihak Ansar, diwakili Saa’d Ibnu Muaz berkata ;”Sesungguhnya kami telahpun beriman dan percaya dengan kau, dan kami mengaku bahawa segala apa yang kau bawa itu benar, dan telahpun kami beri kepercayaan mengikat janji akan patuh dan taat setia maka teruskanlah mengikut kehendakmu di mana kami sekalian bersama-sama mu.Demi Allah, Dialah yang mengutus engkau dengan benar, seandainya engkau mengharungi lautan,nescaya kami bersama-sama mu”.
Rasulullah gembira mendengar kata-kata Saa’d tadi lalu berkata” Maralah dan bergembiralah kerana Allah telah pun memberi janjinya dan kejayaan ke atas salah satu kumpulan.Demi Allah seolah-olah aku melihat ketewasan kaum Kafirin.
Pihak Quraisy mengambil tempat yang jauh dari mata air. Manakala dengan cadanagn Habbab Bin Munzir, kaum muslimin memilih tempat berdekatan mata air. Saad Ibnu Muaz juga mengesyorkan agar dibina untuk perteduhan dan keselamatan Rasullullah.
Rasullullah sentiasa member sokongan kepada sahabat baginda dengan menceritakan tentang pertolongan dan janji Allah. Baginda berterusan memohon pertolongan Allah. Menjelang Jumaat tahun 2 Hijrah 17 Ramadhan, berlakulah Perang Badar Al-Kubra. Allah member pertolongan dengan meletakkan saff para malikat berperang bersama.Kemenangan di pihak Muslimin kerana matinya 70 orang musyrikin dan 70 mereka turut tertawan.Manakala Syuhada Islam 14 orang.
Kemudian Rsulullah bersyura dengan para sahabat tentang tawanan perang. Abu Bakar mencadangkan mereka ditebus dengan wang(demi untuk kewangan Islam, berpendapat suatu hari mereka akan mendapat hidayah).Manakala umar mencadangkan mereka semua dibunuh (kerana mereka kepala dan ketua-ketua Musyrikin).Tetapi Rasulullah cenderung dengan pendapat Abu Bakar lalu ditegur oleh Allah dalam ayat Quran (Al-Anfal 67-69) dan (At-Taubah : 111)
“ Tidak patut bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi.Kamu mengkehendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untuk kamu).Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil. Maka makanlah sebahagian dari rampasan perang yang telah kamu ambil itu sebagai makanan yang halal lagi baik.dan bertaqwalah kepada Allah Penyayang.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Merka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh”.
Sumber: Fiqh Al-Sirah 2 (Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti)
No comments:
Post a Comment