Tuesday, September 15, 2009

Jom Balik Kampung!!

Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan untuk melalui Ramadhan Kareem ini.
SEDihnya apabila memikirkan hanya tinggal 5 hari lagi sahaja bulan penuh barkah ini bakal berlalu. Keseronokan bersama sahabat2 untuk saling berlumba beramal sebanyak mungkin di Ramadhan ini pastinya akan tetap di ingatan. Kita bersama mencari Keredhaan-Nya.Dan pastinya suasana tarbiyah Ramadhan ini akan membantu menghadapi 11 bulan yang lebih mencabar.Semoga terus istiqamah dalam beramal.puasa last di UTM ni mmg best.

Mungkin ini Ramadhan terakhir? saya pun tak tahu..yang pasti terakhir di UTM. tak tahu lagi ke mana setelah habis sem ini. Moga Allah menempatkan di tempat terbaik. Pastinya, cabaran akan mendatang lebih hebat. Segala dugaan di UTM ni yang akan membantu menghadapi dugaan itu.Ibarat Imunisasi.Kalo kali kedua hadapi benda sama, sure dah leh lawan/face it.Harapnye...takpe,Allah kan ada.

Tentang Syawal plak, Tak sabar nak balik jumpa family sebenarnya. dah lebih 6 bulan tak pulang ke Taiping.mak dah bising..sape nak tlg kemas rumah, buat kuih raya.(mcm2 lg)
apa kabar orang taiping????
InsyaAllah akan beraya di Alor Star n Jitra Kedah.(rumah tok kat kedah)

Esok mula trip jaulah kami yang akan melalui beberapa persinggahan.last but not least ngn shbt2 ku. berjaulah pulang ke Utara bersama sahabat-sahabat tersayang.

Syawal nanti...
Ada yang bakal melangkah ke Tangga ke-2 maratib Amal.Tahniah Ukhti!
Kami sentiasa doakan kebahagiaan ukht.


Dan kesibukan akan melanda...writing thesis!(SO slow skrg...penin ngan projek,dah tak ley writing skrg..mood raya dah dtg!)

kna cari kerja lepas tu...

No comments: