Thursday, February 18, 2010

Activate your Iman- Youth Camp 2010



Jumaat 5/2/10
-Peserta-peserta berkumpul dan daftar di sekitar DSM, KTHO. Ikhwah dan akhawat di tempat berasingan. Kira2 pukul 6.30 hampir ke pukul 7 petang perjalanan ke Mersing bermula.Di dalam bas, kem komanden membacakan doa naik kenderaan dan mengingatkan kembali kepada peserta tentang niat join program Youth Camp ni..btulkan niat masing2…

Dalam pukul 9 malam lebih menghampiri pukul 10mlm, bas akhawat tiba di Chalet Tanjung Resang. Masa ni bas ikhwah dah tibe lebih kurang 20 minit yg lalu..makan malam ni dibeli di utm,so, time sampai baru makan n then solat jamak.

Seterusnya, peserta diberi taklimat untuk main Treasure Hunt. Cari sampul ikut group berdasarkan klu. Oleh kerana masalah teknikal dan taklimat yg kurang jelas..peserta jadi kurang faham.Tapi rasional n konklusinya memang canteks iaitu kebergantungan pnuh kepada Allah di setiap ketika.

Kemudian peserta dijamu biskut dan air sebelum memasang khemah dan tidor. Kelebihan kpd peserta akhawat, oleh kerana risaukan lewat, maka fasi akhawat dah dirikan khemah untuk mereka.

Sabtu 6/2/10
Seawal pagi, peserta n fasi bangun untuk qiam dlm jam 5.00 pagi. Kemudian solat subuh, mathurat berjemaah dan tazkirah oleh Akh Basri dengan tajuk niat. Kemudian mereka bersenam pagi..Ikhwah macam biase.Main bola.Akhawat plak sesi berjogging (persiapan naik gunung esoknye) dan seterusnya sesi tadabbur alam…melihat indahnye laut dan meikmati keindahan alam. Kemudian mereka makan pagi: Nasi Lemak Nyum2x
Program di teruskan lagi setelah persiapan diri dengan sesi slot ceramah sebanyak 3 slot,
Slot 1: tanggungjawab pemuda
Slot 2: Sistem usrah (diselitkn Sayonara jahiliyyah)
Slot 3 : Islam yang syumul dan islam sbg cara hidup


Saya tak ikut semua slot (sbb jd org d***r ) ..tp tahulah jugak..semua slot berobjektifkan membangkitkan iman yang lesu dan memberi kesedaran tentang tanggungjwb kita

Ptg: Ikhwah main bola..Akhawat main Rounders..Best sangat main rounders tepi pantai.Kredit untuk kawan2 Kelab Iqra' yg bg pinjam.Kumpulan yang menang lawan kumpulan fasi.Selepas tu siapa yg menang???

Malam
Setelah membersihkan diri, solat jamak berjemaah dan makan nasi putih ayam paprik, dan nyanyi lagu tema-> Gelombang Keadilan, outdoor Game dimulakan...
Sesi permainan malam; setiap group diminta untuk berbincang tentang kod2 untuk arahan (dlm bentuk nombor) untuk perjalanan mereka dalam keadaan mata tertutup untuk mencari dulang.Kemudian ahli kumpulan ditutup mata dan di bawa jalan2 oleh fasi sblum diminta cari dulang tersebut.Hanya ketua kumpulan dibenarkan bagi arahan dan bukak mata.yang lain akan usaha cari dulang. Dlam masa yg sama, fasi akan cube porak perandakan keadaan dan mengacau2 dengan jeritan2..cubaan pisahkan ahli kumpulan..Ramai yang marah dan bengang2 ngan fasi..Tambahan pulak pencarian mereka dalam keadaan samar2 cahaya handphone yg disuluh oleh fasi sekali sekala.. Ramai yg bengang dan marah gak..Tapi rasionalnya ; Kita sering menyalahkan barat, keadaan persekitaran atas segala keadaan masalah umat Islam hari ini.Sejauh mane kita membuka hati, mata dan minda kita sendiri
Seterusnya peserta dikumpulkan semula di dewan, dimuhasabahkan dan di motivasikan oleh Akh Fazly dan ditayangkan video klip Maher Zain (open your eyes yg ade citer pasal Ruben)..Memang menusuk dan terasa feel tentang keagungan nikmat ALLAH yg meliputi segala perkara di sekeliling kita.

7/2/10
Sesi memanjat gunung arong (menyiapkan tugasan berkaitan sistem Islam).Seorang pelajar yang perlu mengumpul wang untuk masuk ke Universiti Arong..

Petang
Kebanyakan peserta sampai ke Tanjung Resang Chalet semula dalam pukul 1 petang..diberi makan tengahari (sambal ikan bilis +ubi kentang dan sayur2). Kemudian selepasa membersihkan diri dan solat,Sesi Muhasabah dan Penutup. Bemacam2 komen yang didengar. Ade yg rase mcm di pantai Timur (sbb mknn, suasana dsbgnya) ,ramai yang seronok sebab ader outdoor yang best.Santai tapi bermatlamat, fasi2 baik, Cuma indoor perlu dikreatifkan supaya peserta tak tidur..dan macam2 lagi.Setelah siap berkemas, clearance n check-out, kami bertolak pulang dalam kul 6 lebih.Singgah di kedai keropok lekor dan di Kota Tinggi (solat +beli mkn mlm)..Jumpa di next program Kelab Hikmah..:)


Gambar-Gambar menarik di sekitar program...


















p/S: Sekadar ini dlm versi coretan simple + santai...(versi org D***R)
Lupa lak jzkk kwn2 KI yg dtg menolong + melawat + sesi fotografi guna SLR :)

1 comment:

nurul farhana yanti a.ghani said...

bgs tul cter dr org D**P*R ni hehe.cm jd psrta plak ye. tmpt ni sgt best.bler ye nak g lg? hahaha... hrp2 objktif trcpai.trime ksih jgk pd chef!