Friday, October 11, 2013

Mahkamah hati..jangan dibiar sepi


Setelah sekian lama..maka dengan jayanya di hari Jumaat yang penuh barokah ini..ingin saya mengupdate blog yang usang lagi semak ini

Mari berbicara sebagai hamba ...tentang  hati..Baru2 ni usrah dengan adik2..tetiba ilham datang untuk sampaikan taujihat yang bertajuk Mahkamah Hati (dari Buku Pahrol Juoi)

Mahkamah hati adalah satu dari 3 mahkamah yang wujud . Antara 1 mahkamah adalah mahkamah biase yang ade peguam, hakim, tertuduh dan mahkamah Mahsyar kelak, yang mana segala anggota badan akan menjadi saksi ke atas segala amal kita di dunia.


Mahkamah hati? hati kita akan terasa tk sedapkan bila kita buat salah? atau tak rase ape2..kalo tk rase ape2 tu..cek la balik, mungkin hati kita telah mati. Tapi hati yang baik, yang mengharap redha Allah, yang fitrah sebagai manusia biasa, sentiasa akan cuba menilai baik buruk setiap perbuatan.Sentiasalah berbicara dengan mahkamah hati.memuhasabah diri dengan segala tindakan.

Mahkamah hati perlu selalu bersidang...
Agar hati itu tidak mati begitu sahaja...


See you in the next post :-) iA

Saturday, November 17, 2012

Pray 4 Gaza...

Moga ALLAH berikan kekuatan buat saudara-saudara muslimku yang berjuang mempertahankan Palestin sekarang. Bagaimana mereka (Yahudi Zionist) telah menghina Islam dengan membuat serangan 'Cloud Pillar'.Dan aim mereka secara luarannya berjaya membunuh ketua bahagia ketenteraan Hamas. dan sekarang mereka aim semua tempat tinggal orang2 kuat Hamas.

Aku yakin dan pasti sahabat2 di sana sesungguhnya merindui syahid dan kuat semangat.siapalah kami di bumi Malaysia yang hanya mampu mendoakan buat kalian

Dan aku secara personally, sangat rasa tak layak pun..qiyam ak tak terjaga, amal2 lain.Ya Allah...kna polish balik semuanya..sob sob\

k, pray for Gaza.,,jangan lupa.kita hutang ngan diorang kot



Thursday, November 15, 2012

Erti Sahabat

                       Ni gambar semasa jaulah KIC,CUCMS ke pantai timur, best sangat :-)


Sahabat...

Saya just nak ceritakan tentang sahabat karib saya yang baru. Betapa saya dan dia membina ukhuwah ini kerana ALLAH. Asalnya kami tidak mengenali secara rapat.kawan atas kawan dan tengok dari jauh jer. Bila 1 halaqah, owh baru ak kenal sikapnya yang sebenar dan begitu juga aku. Kami saling salah sangka. Diluar usrah, kami keluar makan bersama, sembang santai, maka itulah yg lebih merapatkan kami. Walaupun dia dah berhijrah ke negeri lain, tapi kami selalu berhubungan melalui medan2 yang macam2 zaman sekarang. Dia selalu datang ke putrajya menziarahi aku. So terharu. Dan perbincangan kami yang serius tentang isu utama itu, meyakinkan ak bahawa dia antara sahabat terbaik yang membantu untuk ak nampak bahawa matlamat sebuah perkahwinan itu jauh sangat. Dan dia juga sering memotivasikan ak dengan caranya yang brutal,hehe
Moga ALLAH mudahkan urusan dia. dan moga kami ditemukan kelak di Syurga-Nya
Aku amat bersyukur padamu ALLAH atas nikmat persahabatan ini

-Coretan ringkas di malam hari-

Friday, November 9, 2012

Bukankah lebih baik bersabar...blog kembali hidup

Dalam hidup , manusia selalu bermain-main dengan teori yg dipelajarinya...sehinggakan teori itu,kadang-
kadang memakan diri sendiri.


Sabar, pada hakikatnya amatlah sukar bila sampai satu tahap yang mana orang merendahkan kita atau memperlekehkan kita.Namun, terpulanglah ...

Kalau terlalu fikirkan pandangan orang, maka hidup kita akan lebih rumit. Aku bersyukur Allah takdirkan ak orang yang ditarbiyah, maka kekuatan itu di sudut lain.

Aku tak melawan, tak de nak cakap apa cuma trus sabar dan bersabar.Semoga Allah mengganjari kesabaran hamba-Nya.

# Life sem ni makin best...saya bawak halaqah student sendiri.Student Foundation..Sejak ade baby beam, boley tunjuk macam2 video:-)..iA saya akan cuba sedayanya untuk membina mereka ke arah peribadi muslim gemilang. Walaupun...kadang2 saya yang kurang prepare..moga ALLAH mudahkn perjalanan ini.