Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
Back to Reff:
Lari dari tajuk..sebenarnye nak relatekan, cinta manusia dengan cinta kepada ALLAH...(try2x)..Kita kna selalu muhasabah diri, sejauhmane cinta kita kepada Allah. Jangan dibatasi cinta kepada Manusia. Tetapi kita masih boleh mencintai manusia (yang mencintai Allah), yang mane kita dan dia dipertemukan dengan takdir Allah dan jalan yang terbaik(Baitul Muslim)..
Teringat tafsiran Fi Zilalil Quran dalam surah Abasa;
Bagaimana di permulaan surah tu Nabi Muhammad ditegur oleh Allah kerana tidak melayan seorang buta yang ingin belajar tentang Islam dari Baginda. Ini kerana baginda sedang ingin berdakwah kepada 2 pembesar.
Betapa uniknye maksud tersirat disini, bahawa kita seharusnya memandang sesuatu dari sudut pandangan Allah. Bukan pandangan manusia.Kerana pandangan manusia itu lemah, menilai pada sudut elok pada pandangan zahir. Bagaimana reaksi sahabat setelah mendapat surah Abasa ini dr Nabi Muhammad..? Sahabat trus mempraktikalkan kerana mereka memahami makna tersirat..maka berlakulah perkahwinan antara golongan kaya dengan hamba (sblm ini status diambil kira). Mereka mengambil kira pandangan Allah..(Islam)..sebagai based untuk melaksanakan perkahwinan. Sejauhmane kita sendiri berjaya mengetepikan pandangan manusia dalam memilih jodoh.? Pandangan manusia ini banyak ...berdasarkan pandangan persekitaran selalunya...
Semoga pandangan Allah la yang menjadi reference kita dalam soal memilih jodoh.
So, nak relate plak dengan Baitul Muslim..
Berkenaan baitul muslim ni...(dari blog Hilal Asyraf)
Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.
Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.
Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.
Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.
Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?
Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina’ Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.
Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.
Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.
Sebab itulah, kata orang, tarbiyah(pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.
Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.
P/s: Harap tak salah anggap..cuma suke sngt tafsir Zilal surah Abasa ni..bile dihuraikan oleh naqibah..








