Friday, February 26, 2010

Perjuangan

Segala pujian dan kesyukuran kepada Allah serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..Contoh ikutan, teladan sepanjang zaman...Tanpa perjuangan baginda dan para sahabat, mungkin kita tidak akan dapat merasai nikmatnya iman dan Islam.

Jalan yang dilalui bukan mudah..malah pnuh ranjau berduri..sehingga akhirnya Islam membina tamadun kegemilangan kira2 1400 thn yg lalu...

Sejauh mana amal dan tindakan kita sekarang dalam mencapai misi seperti itu..Islam pasti kembali gemilang..Namun bukan dengan kita berehat-rehat bersuka ria tanpa memikirkannya dan bertindak..

Masukkan ke dalam Islam secara keseluruhannya...Bentuklah diri menjadi muslim sebenar..'memegang kukuh Al-Quran dan As-Sunnah..

Refleksi kepada diri->

Sejauh mana saya menjadikan Baginda s.a.w. sebagai idola, ikutan?
Sejauh mana saya menyambunt dan menyambung rantai perjuangan baginda...
Dunia ni sementara, mati pasti akan datang..masih adakah masa untuk berehat??



"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."




p/s:
n..saya sedang berada di fasa genting..bukan berfikir untuk berehat..'kerja2 masih diteruskan"..mendalami ilmu Allah juga penting dan untuk mengelakkan fitnah sebagai dai'e..lambaian komitmen akademik perlu juga difokuskan..IA akan membentangkan hasil study 2thn +++ni...dan seterusnya..mencari destinasi penghijrahan untuk meneruskan 'kerja' ni..Semoga Allah memberikan yg terbaik:)

Thursday, February 18, 2010

Activate your Iman- Youth Camp 2010



Jumaat 5/2/10
-Peserta-peserta berkumpul dan daftar di sekitar DSM, KTHO. Ikhwah dan akhawat di tempat berasingan. Kira2 pukul 6.30 hampir ke pukul 7 petang perjalanan ke Mersing bermula.Di dalam bas, kem komanden membacakan doa naik kenderaan dan mengingatkan kembali kepada peserta tentang niat join program Youth Camp ni..btulkan niat masing2…

Dalam pukul 9 malam lebih menghampiri pukul 10mlm, bas akhawat tiba di Chalet Tanjung Resang. Masa ni bas ikhwah dah tibe lebih kurang 20 minit yg lalu..makan malam ni dibeli di utm,so, time sampai baru makan n then solat jamak.

Seterusnya, peserta diberi taklimat untuk main Treasure Hunt. Cari sampul ikut group berdasarkan klu. Oleh kerana masalah teknikal dan taklimat yg kurang jelas..peserta jadi kurang faham.Tapi rasional n konklusinya memang canteks iaitu kebergantungan pnuh kepada Allah di setiap ketika.

Kemudian peserta dijamu biskut dan air sebelum memasang khemah dan tidor. Kelebihan kpd peserta akhawat, oleh kerana risaukan lewat, maka fasi akhawat dah dirikan khemah untuk mereka.

Sabtu 6/2/10
Seawal pagi, peserta n fasi bangun untuk qiam dlm jam 5.00 pagi. Kemudian solat subuh, mathurat berjemaah dan tazkirah oleh Akh Basri dengan tajuk niat. Kemudian mereka bersenam pagi..Ikhwah macam biase.Main bola.Akhawat plak sesi berjogging (persiapan naik gunung esoknye) dan seterusnya sesi tadabbur alam…melihat indahnye laut dan meikmati keindahan alam. Kemudian mereka makan pagi: Nasi Lemak Nyum2x
Program di teruskan lagi setelah persiapan diri dengan sesi slot ceramah sebanyak 3 slot,
Slot 1: tanggungjawab pemuda
Slot 2: Sistem usrah (diselitkn Sayonara jahiliyyah)
Slot 3 : Islam yang syumul dan islam sbg cara hidup


Saya tak ikut semua slot (sbb jd org d***r ) ..tp tahulah jugak..semua slot berobjektifkan membangkitkan iman yang lesu dan memberi kesedaran tentang tanggungjwb kita

Ptg: Ikhwah main bola..Akhawat main Rounders..Best sangat main rounders tepi pantai.Kredit untuk kawan2 Kelab Iqra' yg bg pinjam.Kumpulan yang menang lawan kumpulan fasi.Selepas tu siapa yg menang???

Malam
Setelah membersihkan diri, solat jamak berjemaah dan makan nasi putih ayam paprik, dan nyanyi lagu tema-> Gelombang Keadilan, outdoor Game dimulakan...
Sesi permainan malam; setiap group diminta untuk berbincang tentang kod2 untuk arahan (dlm bentuk nombor) untuk perjalanan mereka dalam keadaan mata tertutup untuk mencari dulang.Kemudian ahli kumpulan ditutup mata dan di bawa jalan2 oleh fasi sblum diminta cari dulang tersebut.Hanya ketua kumpulan dibenarkan bagi arahan dan bukak mata.yang lain akan usaha cari dulang. Dlam masa yg sama, fasi akan cube porak perandakan keadaan dan mengacau2 dengan jeritan2..cubaan pisahkan ahli kumpulan..Ramai yang marah dan bengang2 ngan fasi..Tambahan pulak pencarian mereka dalam keadaan samar2 cahaya handphone yg disuluh oleh fasi sekali sekala.. Ramai yg bengang dan marah gak..Tapi rasionalnya ; Kita sering menyalahkan barat, keadaan persekitaran atas segala keadaan masalah umat Islam hari ini.Sejauh mane kita membuka hati, mata dan minda kita sendiri
Seterusnya peserta dikumpulkan semula di dewan, dimuhasabahkan dan di motivasikan oleh Akh Fazly dan ditayangkan video klip Maher Zain (open your eyes yg ade citer pasal Ruben)..Memang menusuk dan terasa feel tentang keagungan nikmat ALLAH yg meliputi segala perkara di sekeliling kita.

7/2/10
Sesi memanjat gunung arong (menyiapkan tugasan berkaitan sistem Islam).Seorang pelajar yang perlu mengumpul wang untuk masuk ke Universiti Arong..

Petang
Kebanyakan peserta sampai ke Tanjung Resang Chalet semula dalam pukul 1 petang..diberi makan tengahari (sambal ikan bilis +ubi kentang dan sayur2). Kemudian selepasa membersihkan diri dan solat,Sesi Muhasabah dan Penutup. Bemacam2 komen yang didengar. Ade yg rase mcm di pantai Timur (sbb mknn, suasana dsbgnya) ,ramai yang seronok sebab ader outdoor yang best.Santai tapi bermatlamat, fasi2 baik, Cuma indoor perlu dikreatifkan supaya peserta tak tidur..dan macam2 lagi.Setelah siap berkemas, clearance n check-out, kami bertolak pulang dalam kul 6 lebih.Singgah di kedai keropok lekor dan di Kota Tinggi (solat +beli mkn mlm)..Jumpa di next program Kelab Hikmah..:)


Gambar-Gambar menarik di sekitar program...


















p/S: Sekadar ini dlm versi coretan simple + santai...(versi org D***R)
Lupa lak jzkk kwn2 KI yg dtg menolong + melawat + sesi fotografi guna SLR :)

Thursday, February 4, 2010

Kita kadangkala tak perasan....

Salam...

Tercetus ilham untuk bukak semula blog..

Semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..Kerana Semuanya dlm genggamn-Nya..

Sangat ajaib teguran dari Allah melalui individu tertentu kepada saya..Sangat menghargainya.walaupun teguran tanpa kata2.. Pengalaman demi pengalaman especially yg pahit tu yang bakal mematangkan diri..Begitu juga mohon maaf kepada sesiapa yang saya tersalah tegur.Slalunya sbb Tak kna cara..

Bila sampai satu keadaan/tahap..gelombang unpredictable datang kepada saya..so, perlukan masa untuk baik pulih, program menaikkan graf iman dsbg.Mencari kembali diri..

Ujian demi ujian (tp sedikit jer sebenarnya) kadang2 membuatkan empunya diri terfikir,; sejauh mane saya dah usaha bersungguh2 dlm membawa dakwah,tarbiyah diri? sejauh mana hak2 anak usrah telah tertunai? sejauh mne kerja dan tanggungjawab "itu" dah terlaksana sebelum diri melangkah ke tempat lain(mungkinkah?? tkde jwpn lagi).Semoga diri trus bersabar meniti hari dan melaksanakan tugas sebagai khalifah dan a'bid..

"Jangan Ya ALLAH , Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau pada kadar yg lebih mudah dan senang"


Tuesday, January 19, 2010

Ketika Melalui Jalan Untuk Mendaki (edited)

Begitulah, jalan dakwah ini mengajarkan bahawa sebaiknya kita melihat kepada diri kita terlebih dahulu,melakukan prasangka baik kepada orang lain, sampai jelas suatu kebenaran itu benar dan kesalahan itu kesalahan..

Begitulah lemahnya seorang manusia yg pasti kdg2 menjadi satu tabiat menyalahkan orang lain atau lebih menilai org lain berbanding diri sendiri..Lebih banyak ingin menerima berbanding memberi.Fitrah ini bisa kita ubah atau perbaiki dengan melihat dan merenung segala nikmat Allah dari persepsi yg luas..Kadang2 kelemahan dan kekuatan ini saling melengkapi dan membantu apabila kita dalam satu organisasi..Kepelbagaian mencantikkan organisasi.

Dan berbalik kepada tajuk, sbg murabbi, pastinya kita mengharapkan kita mampu mendidik (tarbiyah) mutarabbi sebaik mungkin..kita harap dia jd itu..ini dan itu...Kadang2 terlintas..(kenape dia tk..?..dan macam2 lagi)

Tapi pernahkah kita nilai diri kita...Setinggi mana usaha kita?diri kita dengan Allah bagaimana?..mungkin kekhilafan kita menyebabkan ape yg kita cuba sampaikan tak terkesan pada diri mutarabbi..halaqah jadi rutin mingguan yang membosankan mutarabbi..tarbiyah yang tak terjelma dalam amal mereka. Adakah Mungkin kerana kita tak bersungguh-sungguh bawa halaqah??..mungkin kita tak prepare...dan pelbagai lagi kemungkinan..

Justeru, lihatlah kelemahan diri sblm melihat kelemahan org lain....apepun, lakukan anjakan paradigma dalam diri...Bawalah misi menegakkah kalimah ALLAH ni dengan bersungguh-sungguh.




"Bagaimana Jalan Dakwah Mengajarkan kami"-M.Lili Aulia + luahan rasa dr diri sendiri
Maaf sy tk pandai menulis...