Friday, May 15, 2009

Erti Persahabatan Buat Diriku….




“Ujian …adalah tarbiyah dari Allah”
Indah ungkapan ini.Tapi bila berhadapan dengan reality sebenar dan masalah tersebut berulang, mendesak, dan men’down’kan …Aku rasa penat sangat kadang2x (dgn projek Master)...masalah balik2x sample, alat, pembantu lab..Btul lah kata mereka(org yg prnh amik Msc research sblm ni).Kebergantungan kepada Allah itu lah kunci utama kekuatan dan yang mempermudahkan segalanya. Tapi if benda tu tak proceed seperti yang diharapkan,memang dah jadi adat la.Tambahan yang research ni,semua tak pasti.

Point utama sebenarnya macam tajuk kat atas. Bila kesulitan, rasa lemah,putus asa, syaitan pun datang menyucuk-nyucuk . Rasa nak stop.rasa tak larat dah. Dan macam-macam lagi rasa datang.
Alhamdulilah bila ader teman-teman sentiasa mengingatkan, menceriakan dan mendoakan. Perasaan-perasaan tak sepatutnya tu hilang. Teman sefikrah bantu dengan nasihatnye.
Jazakumullahhu khairan kathira kepada semua sahabat-sahabat tersayang.Teruskan memberi nasihat dan mendokong di kala diri ini lemah.


Dan paling best teman-teman 1 lab, (rasenye,diorg tak pernah abaikan aku….aku je slaloo tak bersama diorg).Setiap kali down,diorang akan tolong sama-sama fikir,camner nak buat, pergi tengok alat yang rosak sama-sama, back-up if dr tanya. Tolong fikir kalo sample aku ade masalah..(sayang korang:mutia,musdalilah,aisyah,kak Sha)


Best sangat. Betapa besarnye nikmat ukhwah, persahabatan (Hablumminannas..) yang Allah kurniakan..

Sejauh mane aku bersyukur dengan nikmat-nikmat itu. Sejauh mane diri kuat menerima ketentuan-Mu Ya Allah…
Seharusnya aku sentiasa merefleks diri bahawa, apa jua yang terjadi pasti ada hikmahnya.Segala nikmat yang Engkau beri lebih banyak dan dibandingkan dengan ujian yang sedikit itu. Dan ayat dibawah ku cuba jadikan penguat diri. Kerana sesungguhnya Allah sangat dekat dengan hambanya ini.

2:186
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku , agar mereka memperoleh kebenaran.”

Dan ini cebisan email dari seorang sahabat/kakak yang sangat memahami….
Jzkk…..

Assalamualaikum,

su tabahkan hati..moga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah sentiasa bersama mu.

" Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabatku Suhailah Abdullah, permudahkan dia untuk siapkan makmal bagi projek peneylidikannya, lapangkan keresahan hatinya, tenangkan jiwanya, jadikanlah dia seorang yang tabah, pimpinlah dia untuk sentiasa sabar, Ya Allah Ya Razzaq, Engkau Maha Pengurnia Rezeki, mudahkanlah rezeki sahabatku ini. Janganlah Engkau biarkan dia keseorangan, berilah berita gembira untuknya, semoga kesusahan hari ini merupakan kesenangan hari esok untuknya. Ya Allah, makbulkanlah doaku. Amin..."

3 comments:

nurul farhana yanti a.ghani said...

ak tetap skong mu.... syg sgt kat mu.Allah sentiasa sayangkan kita bler diturunkan ujian buat hambanNYA

nurul farhana yanti a.ghani said...

mu.... sug kt mu smpi xnk kuar dr UTM sbb syg kt mu hahahaha...mge mu ttp tbh harungi sume cbran ni.ak sentiasa "mendukung" mu huhu

Anonymous said...

hai ciksu, assalamulaikum..1st time baca blog ciksu..semoga dikuatkan semangat..ksha pn kdg2 down jgk, kdg amik ms berhari2 utk bgn balik..jom kite usaha sama2..insyaAllah..-ksha