Monday, May 18, 2009

Refleksi Ekspedisi Remaja Kental 2009 (X-Rek 09)



8 Mei 2009
Bermula dengan sesi taa’ruf di sekitar tasik UTM kira-kira jam 9.00pagi. Kitorang terpaksa main kat tempat sempit bawah bumbung sebab hujan lebat.Matlamat utama adalah untuk mencetuskan semangat bangsa muslim melaui permainan ‘PETA’.masing-masing tunjuk bakat berbahasa dan ber’acting’ cam orang Negara tersebut (contoh; Negara China, Arab,Jepun,Australia,Thailand). Selepas itu, peserta diminta untuk alert dengan arahan fasi. (taa’ruf keseluruhan-pelbagai ciri dipanggil;baju sama,fakulti sama etc…).Dan last sekali peserta diberi arahan (“sila ke depan mereka yang satu bangsa?”)..peserta jadi keliru siapa yang nak ke depan…at last, fasi trus rasionalkan..(“Kita semua 1 bangsa-bangsa muslim,persaudaraan 1 aqidah yang sama tanpa mengira asal negara). Dan selepas itu, kami main “Duit-Duit”..Setiap peserta diberi nilai duit yang berbeza,kemudian dimintak berkumpul ikut nilai duit tertentu(fasi yang tentukan).Rasional; setiap orang saling tampung menampung-tak kira yang lemah / hebat..jangan berbangga dengan kelebihan,kita masih memerlukan orang yang dibawah). Kemudian peserta terus bergegas naik bas. Ikut tentatif-bertolak ke Mersing jam 11.00 pagi.
Sebaik sahaja tiba di Mersing (agak lewat-hampir pukul 4 petang). Perjalanan games bermula, games Tressure Hunt –(focus on Ghuzwatul Fikr).Tak dapat nak ulas lebih-lebih lagi (tak de di tempat kejadian)

Malam
Tayangan slot Qadhayal Ummah (Permasalahan Umat).Disambung dengan sesi debat (peserta campur group ikh dan akh). Setiap group diberi tajuk/sistem dari sistem2 penyelesaian terhadap masalah umat. Antara sistem tersebut adalah (sistem politik,sistem masyarakat,sistem kewangan, sistem jihad,sistem kefahaman). Sepatutnya setiap group pertahankan setiap tajuk masing-masing (tak kira mcm ne)..sebab ini adalah debat. Tapi peserta tak faham, tak jelas,jadinya tak menjadi sangat. Dan at last fasi concludekan semua peserta setuju bahawa sistem jihad adalah yang terbaik dan menjadi pilihan (akan dilaksanakan esok).

9 Mei 2009
Seperti biasa qiamullail, solat subuh jemaah, baca Al-Mathurat. Kemudian tazkirah subuh tentang kisah salah seorang tokoh pejuang Palestin iaitu Abdullah Azam. Banyak pengajaran yang boleh diambil seperti pengorbanannya,zuhud dan ketabahan dalam perjuangan untuk Palestin. Semangat para jundi ditingkatkan/disemarakkan dengan nyanyian lagu tema Mars Kepanduan dan Merah Saga. Seterusnya , game utama-Trecking-Perjalanan ‘jundi-jundi’ dari Malaysia ke Palestin. Ana jaga puncak bukit. Sementara tunggu peserta, sempat la bergambar, tadabbur Al-Quran n bincang-bincang skit isu Palestin( untuk tanya peserta selain provoke diorang turun semula). Ade je group yang sejak dari mula sesat. N after fasi ikut group diorang , sesat jugak. Terpaksa lalu jalan lain yang ikhwah jumpa. Asalkan tak terperangkap dalam hutan, sudah. Trecking yang memenatkan ..sebab memang bukan jenis orang lasak la katakan…(tapi best dan bermakna) tamat pada jam 5.30 petang.

ni gambar-gambar cun yang dapat di snap...







Selepas makan , sesi presentation senjata ciptaan setiap group.Group akhwat memang tak disangka-sangka , hebat. Ada yang buat 3 senjata, dan senjata mereka pun mampu melancarkan bom ke jarak yang agak jauh). Syabas. Korang memang hebat (mengatasi ikhwah) walaupun sampai lambat dari trecking.



Selepas solat, taklimat War Games oleh Muhandis Al-Qasam (garang… oooo). Dan dalam masa yang sama fasi/qiyadah bertungkus lumus susun strategi dan membuat peluru/bom. Dan selepas itu berlakulah pertarungan Zionist menentang pejuang Palestin. Si Palestin terlalu menghayati semangat perjuangan (memang soul habes), tapi geng Zionist terlalu baik (penuh kelembutan…yeke??hehe). Untuk meleraikan ketegangan, kami melancarkan GENJATAN SENJATA.Sebelum keadaan lebih parah. Segalanya dirasionalkan segera mungkin. Slot disambung dengan muhasabah kematian pejuang Palestin (menghayati; sampai tertidur?)



10 Mei 2009
Qiamullail , solat subuh, bacaan Mathurat dan tazkirah subuh (tentang surah An-Nas dari Tafsir Fi Zilalil Quran). Senaman Ruhul Jadid-Nyanyian lagu tema-(Merah Saga dan Mars Kepanduan)…ikhwah sangat bersemangat. (Macam-macam gaya lah ) .
Breakfast yang sangat sedap, nasi lemak (akhwat memang dapat pujian, pandai sangat masak; nyum2x)
Kemudian diteruskan dengan Slot Terakhir (Perbahasan). Nak tengok feed-back peserta apa yang dapat dari program. Antara yang ditanya dari sudut peranan mahasiswa dalam isu Palestin , tentang boikot dan demonstrasi jalanan, serta semangat persaudaraan muslim. Alhamdulillah, peserta/masing-masing bersemangat memberi hujah yang mantap setelah bersungguh-sungguh berbincang. (short –term, long-term planning).presentation oleh setiap ahli group. Sesi soal jawab juga berjalan dengan begitu menarik dan lancar (semua berebut nak amik part). Dan akhirnya di hujung sesi, dirasionalkan terus oleh fasi.

Akhirnya, sesi muhasabah (Muhandis Al-Qasam ) yang handle. Macam-macam komen peserta . Majoriti seronok dan merasakan pentingnya program seperti ini diteruskan. Harapnya ruh jihad dan peduli tentang Palestin tak terhenti di sini sahaja.



Antara komen menarik;
-Kagum akhwat dapat naek gunung Arong , kitaorang jadi pelindung di belakang group akhwat, kalo-kalo sesat (Ni ikhwah cakap…)
-Kat cni belajar ckp ana, enti,enta(baru nak biasakan), ajaklah lagi orang macam saya
-Pengalaman War Games (respek kat Zionist sehingga tak sampai hati tengok Zionist jatuh,alih2 nyawa kena tarik)
-Fasi akhwat baek-baek, banyak beri nasihat
-Tali hijau begitu mengelirukan (tolong la cari warna laen ,next time: tali UTM???)
-Next time buat lagi program macam nie…lebih lasak (ala-ala mukhayyam askari ke??)
-akhwat masak sedap
Komen fasi;
-Peserta bagus, sangat bersemangat untuk setiap slot
-Management kurang skit (boleh perbaiki)
-Semua PIC slot da cuba yang terbaik.

Rasional overall;

Kita sebagai bangsa muslim seharusnya prihatin kerana masalah di Palestin adalah masalah umat Islam sedunia. Kita perlu mengambil segala langkah yang efektif dalam menangani isu ini. Antaranya pemantapan aqidah, meningkatkan semangat jihad. Pentingnya pembinaan individu muslim melalui usrah dalam mempaternkan /menghidupkan ruh jihad Palestin. Kerana dalam usrahlah peningkatan/pembinaan individu seharusnya berlaku. Pentingnya komited dan kefahaman dalam usrah.
Semoga dengan kefahaman yang melahirkan amal, kita dapat membantu mengatasi masalah ummah ini.
Dan kita peduli tentang semua muslim di seluruh dunia memandangkan kita mempunyai satu ikatan tali aqidah.Aqidah islamiyah. Semoga dengan ini ,pencetus terbentuknya Al-imanul A’miq, yang melahirkan At-Takwinul Daqiq dan seterusnya menghasilkan Al-A'mal Mutawassil.
Alhamdulillah, akhirnya catatan ini Berjaya disudahkan…memori yang begitu bermakna .Ditulis untuk diri sendiri melalui view mata hati sendiri. Wallahua’lam…

6 comments:

nurul farhana yanti a.ghani said...

ok ramai yg bg komen psl x-rek.... yanti pn dh byk komen.just mgkin time hang xdak 2 ade treasure hunt . tentang ghazwatul fikr... ramai peserta yang agak kabur tentang objektif game 2 yg nk peserta faham tentang serangan pemikiran.kena jawab teka silang kata dulu before disoal di akhir checkpoint tentang tajuk ni. ana pn cm susah gak nak relate teka silangkata 2 dengan potongan ayat al-quran yang diberikan pada setiap checkpoint.tapi time 2 bawak buku rasmu bayan dapatlah jawab silangkata 2... sayang sebab peserta xdapat settlekan task 2 dan akhirnya agak kurang berhasil untuk memahamkan peserta psal tjuk 2... harapnya naqibah tolong rasional kan pada anak usrah ye. hehe sori mu pnjg plak komen

Baizura said...

tak ada jugak yang tersesat...mungkin penat sangat kot

masa ana naik hari tu...bagi ana jalannya jelas dan terang...

ingat macam pakcik recce tu kata..."dalam hutan ada makhluk lain...hehehe...bila dah penat, mata pun berpinar-pinar...dah confuse jalan. pakcik pesan jugak...hati mesti bersih, baca doa tu penting..."

Mashizaki Keikan said...

Ciss... Semua orang kata garang.

-tak kisah-

snowss_85 said...

to MK: gARANG bnyk jenis...
garang muhandis Al-Qasam je tue...
To Bai: Fasi ikhwah yang pernah recce pun confius jalan...Mungkin Allah nak takdirkan kami dapat pengalaman sesat. Bnyk skit masa diorg wat Mutabaah Amal

To Yan: Penat la ko prepare untk GF tu...haha

Anonymous said...

masa first time ana dapat doa masuk hutan tu, ana merasakan ianya satu perjanjian yang sangat indah. Perjanjian antara manusia dengan bumi...yang didengari oleh Allah. yang mana Allah redha ke atas kedua-duanya.

Bagi ana, doa harus dihayati, diyakini, dan dihormati. bukan dibaca sekadar penyebab kepada sesuatu perkara. Namun, segala ketentuan adalah datangnya dari Allah...Di sinilah nikmatnya redha..

seiringsejalan said...

Salam, baru berkesempatan baca tntg prgm ni,jenuh gak cari sape yg menulis tntg program ni, tunggu2 dlm emel takdop,bdw..mmm,sgt2 menarik,hehehe, don't wori acik su, sesat itu hikmah~antaranya menguatkan ukhwah
:)
selamat berjuang ukhti_terus bjuang p(n_n)q