
Assalamua'laykum..
Ye, next post..terima kasih kerana membaca blog ini , semoga bermanfaat.
Dan saya mengharapkan, adenya pertambahan ilmu atau amal dan paling tidak membuatkan anda berfikir sejenak dengan ape jua post yang ade.
Sesungguhnya insan biase ini, menulis untuk dirinya sendiri. Dan seperti blogger yg lain, meletakkan risiko untuk ditafsirkan oleh pelbagai pihak dari pelbagai persepsi tentang ape sebenarnya yang tersirat. Apepun, saya akan terus menulis....iA
Berbalik kepada tajuk, just nak share pengisian DAUROH yang bermakna (semua daurah best kot)..yang mana mendidik hati dan jiwa iaitu suatu bentuk TAZKIYATUNNAFSU (Penyucian jiwa) yg bertajuk : HASAD
Hati itu sangat unik dan penuh makna , Ahli sufi sangat menjaga ibadah mereka untuk menjaga hati, Imam Ghazali sendiri sentiasa memikirkan untuk tidak mahu mencemarkan hati dengan perkara dunia..
Juga novelis hebat dan terbaik 'menulis terus kepada hati'
Percayalah, sensitifnya hati itu sehingga mampu (dalam sedar/tidak) menjadi racun yang boleh melambatkan kerja dakwah ataupun mengurangkan keikhlasan.Yang pasti selalunya masalah HASAD ini berlaku di kalangan sesama ikhwah, sesama akhawat, (jarang berlaku cross jantina)
Justeru, Tazkiyatun Nafs, dengan mengenal lebih lanjut tentang HASAD ini amat penting
'Sesungguhnya dengki memakan kebaikan, sepertimana api memakan kayu api'
Contoh yang tidak BerHASAD adalah seperti sahabat bakal ahli syurga; amal 'istimewa' yang dilakukan adalah; setiap malam sebelum tidur, dia memaafkan semua orang dan tidak berdendam dengan siapapun.
'Kalian tidak masuk syurga sehingga kalian beriman , dan kalian tidak akan beriman sehingga kalian mengasihi antara mukmin'
HAKIKAT KEDENGKIAN
1)Benci dan nak nikmat orang itu hilang (Surah Yusof : 8-9)
-Seolah-olah tidak redha dengan qada' dan qadar
2)Anda tidak benci dengan keberadaan nikmat serupaitu pada orang lain, tetapi inginkan nikmat yang serupa.
SEBAB-SEBAB DENGKI
1. Permusuhan dan kebencian (tunggu masa nak balas dendam)
2.Taa'zuz (rasa berat jika diatasi oleh orang lain)
3.Takabbur
4.Taa'jub dan hairan
5.Takut tak dapat ape yg diimpikan
6. Cintakan kepimpinan dan kedudukan
7.Buruk hati
UBAT PENYAKIT HATI
1.Beramal dan bermanfaat dan hukumlah rase dengki itu dengan amal-amal Soleh
Contoh: Jika dengki menyebabkan kite menyumpah seseorang, WAJIB ubah ia kepada pujian
2. Jangan terpedaya dengan dialog syaitan
KESIMPULAN
Kikislah segala perasaan HASAD yang cuba hadir di kalangan 'team kite'..Jangan cakap belakang, lebih baik berterus terang dengan berhikmah,bukaklah hati untuk lebih rasional.
Untuk perempuan: cubalah tidak terlalu melayan 'kesensitifan' itu..
P/s : LDK after slot dauroh ni, memang lagi real..berkongsi cerita.Moga HASAD ini menghilangkan diri dari hati kita2...Sorry penulisan ini skema..hehe
No comments:
Post a Comment