Betapa hebatnya seorang mujahidah dalam mempertahankan yang hak dan menegah yang batil.
Andai kata kita sebagai seorang muslimah tidak kuat untuk berjuang mempertahankan syiar Islam, lihat saja ape hasilnya kelak.Zuriat yang bakal dilahirkan kelak pastinya akan diuji dengan tipu daya dunia.
Betapa Hebatnya zainab Al-Ghazali dalam memperjuangkan Islam sehingga menggentarkan musuh-musuh Islam melihat ketabahan beliau. Biarpun diseksa dengan sebatan beratus-ratus kali, disoal siasat dengan kejam, dibaham anjing,diletakkan di penjara yang pelbagai jenis,digantung....MasyaAllah....
Mujahidah ini juga tidak mudah dipengaruhi dengan dunia.Jalan matlamat hidupnya jelas semata-mata untuk Allah.Maka tidak hairanlah walaupun seksaan fizikal /mental/emosi yang diterima adalah sama seperti lelaki,namun kerana keyakinan terhadap aqidahnya,semua dugaan dan ujian berjaya diharungi.
Bagaimana dengan kita sebagai akhwat pada masa kini.Ujian yang secebis pun tidak mampu dilalu.Bagaimana kita ingin membebaskan diri kita kelak apabila disoal oleh Allah tentang tanggungjawab dakwah ini. Penat dan lelah ini akan berbayar di alam akhirat andai dakwah kita bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah.Oleh itu, ayuh akhwat, kita memperkasakan diri dari segala aspek dalam menuju Redha-Nya!.
Perjuangan ini tidak dihampari dengan karpet merah, tetapi penuh ranjau dan duri..
"SEMINIT KITA TERLAMBAT, 1000 JIWA YG KEIMANANNYA AKAN TERCABUT"
No comments:
Post a Comment