Review Part 1: Kehidupan budak sekolah rendah biasa yang suka maen.Tak Berjaya dapat 5A dalam UPSR.Kesedihan melanda.Dapat gak Sekolah Asrama. Sekolah Raja (P) Taayah, Ipoh.
Part 2
Sekolah Raja (P) Taayah @ SERATA ..Sekolah Kerajaan Negeri je.Sekolah Perempuan semua. Orang Perak biasa tahu ,sekolah ‘couple’ kepada SERATA adalah SIS (Sekolah Izuddin Syah). Tapi kitaorang bebudak Taayah ni takdelah bersahabat baik pun ngan diorang. Musim awal kehadiranku ke bumi Ipoh ni , erm, kekok skit..Sebab pe? Teka lah.Tapi aku tak bagi jawapan kat sini. Aku bukanla bagus sangat. Tapi pentarbiyahan di Taayah ade nilai tersendiri. Kali pertama dikenalkan dengan tazkirah, usrah, ta’lim, qiamullail. Dan sesi-sesi pendidikan dan program yang diadakan memang high-Impact la pada aku.Best giler.Sekejap je 3tahun tu.Tapi memorinye terus di ingatan.
Cuma ader perkara yang tak berapa sedap, mcm kes buli(skit2 je),’toche’ dsb.Apapun aku memang pasang matlamat nak dapat 9A dalam PMR, nak hepikan mak n ayah.N aku da pasang angan2 masa ni,(biasenya budak Taayah yang nerd skit memang impikan begini)-After SERATA, Form 4&5- KISAS, UIA, Pastu fly ke Mesir.Kitaorg belajar Arab dari Form 1.Silibus adalah 2 bahagian kelas Thanawi dan akademik biase.Thanawi tu belajar Tauhid,Feqah,Sirah,Hadith dalam Bahasa Arab. Selain subjek Arab tu dalam 9 subjek Akademik. Aku memang skor subjek Thanawi.suka.sebab tu ade hajat nak ke Mesir.Tapi belum tercapai pun…
Antara cikgu yang masih aku ingat Cikgu K-Din, Cikgu Rohani, Ustaz Tahir,Ustaz Fazli,Cikgu Suhaimi ,banyak lagi.Kejam plak tak ingat.Ade 1 memori sedih masa Form 3,ni tentang Cikgu K-Din. Cikgu K-Din ni muda lagi ~25 tahun la masa aku Form 3.Memang bahaya skit Ustaz cikgu lelaki atau ustaz muda-muda mengajar kat SERATA ni. Paham-paham jela.Ramai gak ustaz-ustaz kawen ngan senior-senior kitaorang.
Cikgu K-Din ajar aku sejak Form 1 lagi. Loghat perak dia memang clear la.’deme’ dan yang seangkatan dengannya.Cikgu K-Din ajar Bahasa Malaysia masa aku Form 1 dan Form 2.Kadang-kadang dia ajar macam malu-malu.Banyak gak cerita keluar,ramai student minat kat dia.Senior kitaorang la.Direct betul. Kalo hari guru,dia dapat hadiah banyak gila.
Cerita ni berlaku sekitar Mei 2000. Suatu petang bebudak kelas 3S ade kelas tambahan Kemahiran Hidup.Cikgu K-Din ajar.Bab Akaun.Imbang duga.Kelas bermula dalam pukul 5-6 petang. Aku memang lemah sikit bab-bab akaun.Bila cikgu bagi masa untuk latihan, aku la yang paling lambat siap,sebab tak faham.
Masa tu sebelum habis kelas, Cikgu K-Din cakap macam ni, “ok, saya nak kamu semua mesti skor subjek ni,yang mane tak boleh tu banyakkan latihan”,.memang kena kat aku ni. “Mungkin lepas ni saya tak ajar awak ke, mane tahu kan”.
Bebudak kelas 3S pun bertanya, “Kenape? Cikgu nak pergi mane?’ ade kursus ek?”
‘takdelah, saje saya cakap macam ni”(sambil tersenyum kambing)
Abes kelas, kitaorang macam biase, berlari-lari comel ke dewan makan. Life yang biase. Waktu maghrib tiba-tiba kitaorang dapat berita tergempar dari senior-senior prefect.” Cikgu K-Din baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya on the way dari SERATA ke rumah”.
Bayangkan betapa terkejutnya kami(bebudak Kelas 3S).Baru je kitaorang belajar dengan dia tadi. Memang dia baik sangat.Selalunya dia garang jugak. Tak sangka.Ramai la menangis masa tu. Malamnye terus diadakan bacaan Yasin berjemaah.
Keesokan harinya, suasana muram menyelubungi Taayah, Macam banjir la..(dengan air mata).Takder mood nak belajar sebab terkejut.N setiap kelas ade wakil gi ke rumah cikgu untuk bacaan Yasin dan sebagainya.Pilih melalui undi. Aku tak dapat pun.Takpe.doakan dari jauh.
Menurut kengkawan yang pergi. Mak cikgu K-Din memang dalam kesedihan yang sangat tragis.Lagipun dikatakan mayat cikgu agak teruk.Dia digilis lori.Kemalangan berlaku semasa dia dr Taayah naik motor.Tayar lori tu terpelanting, n terkena motor cikgu,dan selepas tu motor dia terumbang ambing sebelum dilanggar lori dari arah bertentangan.Sebab tu lah mayatnye agak teruk.
Semoga ruh Cikgu K-Din dicucuri rahmat.Segala jasa bakti ilmu yang dicurahkan sungguh berharga.
Sesungguh-Nya Dia Yang Maha Berkuasa menentukan ajal maut kita.Semoga kesempatan yang kita ada digunakan sebaik mungkin untuk mengumpul bekalan ke negeri abadi.
Tambahan: Kelas 3S memang pulun la.Alhamdulillah ramai Skor subjek tu dan yang dapat 9A dalam PMR adalah 17 orang.
K-Din = Khairuddin
3 comments:
Tragisnya...
Cikgu suhaimi tu agak lembut sket ke?
..saja tanya...
to pembaca setia:
Betui la..
Dia lembut. Macam auw jugak tapi tak ketara sangat..
Dia ajar sejarah
dlm 17 org tu, adakah termasuk pelajar yg bernama suhailah?
Post a Comment