Tuesday, June 23, 2009

pengalaman

Alhamdulillah...hari ni, pengalaman baru bagi saya.1st Time ajar tutorial fizik..untuk kelas yg dr pegang..bukan kelas budak degree.Disebabkan kelas ni semua lelaki dan dalam range umur sebaya dan ke atas.Saya memang gabra sejak minggu lepas lagi..tapi memang tak sempat nak prepare sangat kecuali semalam.Tu pun saya da ngantuk sangat.Cuma aku tak lupa untuk bermunajat kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.Dan memang niat saya nak tolong dr (supervisor Saya yg pergi ke KL).

Kesian anak murid saya, cikgu terus bagi kuiz (3 Soalan)..Gelabah anak murid bukak nota.Sebenarnya, tak tahu nak mula mengajar tu macam mane.n tak dapat nak baca lagi kefahaman anak murid.selepas 25 minit diorang 'menggoreng' soalan2 saya bagi. Ade yang awal lagi dah giveup dan cakap mampu salin soalan je.Kesian pulak.Padahal mereka nak belajar dan perlu belajar untuk Army ni.


So, saya review balik pengajaran dr.Sejak aritu lagi saya tengok nota slide yang dr tinggalkan agak High Level.."camner ni,nak study sampai mne ni" (monolog sendiri)

Jadinya saya just review balik nota2 Dr R.. pada mulanya.Selepas itu, baru saya bincang semula soalan2 kuiz tadi dengan anak murid.Hmm...cikgu pun dah la tulisan tak lawa, baru nak try develop confident.Dengan beraninya, selepas saya terangkan 1 soalan, saya mintak salah seorang anak murid ke depan dan terangkan kembali soalan jawapan saya dah bagi...erm,tapi still tak berapa clear.Barulah saya paham yang anak murid saya perlu diajar dengan perlahan-lahan.tak perlu nak kejar tajuk.

Diakhir kelas,saya tinggalkan mereka dengan 1 soalan untuk saya amik markah.Dan di akhirnye, saya sedikit terharu, anak murid saya bagi cadangan supaya saya menolong mereka dengan buat latihan bersama kemudian baru tinggalkan soalan untuk mereka.


Saya tidak mengharapkan apa2 kecuali keredhaan Allah dalam membantu mereka memahami ilmu Fizik. Agak susah silibus mereka walaupun peringkat Sijil. Dan sebenarnya memang mereka nak belajar.Kesian mereka tertekan kerana banyak subjek yang perlu dipelajari dan semuanya Sains tulen. Saya sendiri yang da lepas degree pun mungkin pening nak paham..

Semoga pengalaman ini memberi kekuatan dalam mencapai cita-cita.Sepatutnya keikhlasan kita dalam menyampaikan ilmu memudahkan penerima ilmu untuk faham.

1 comment:

Khalifah Allah said...

Semoga Tabah Hati Tak Berbelah Bagi~